Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Friday, November 13, 2009

???

Susah betul ana nak cari masa untuk update blog ni...sejak dah tukar tempat ni...mcm2 yang perlu ana buat. Tu pun dengarnya nak kene tukar tempat lagi. Walaupun x jauh, tapi bila bertukar tempat tu, susah jugak nak manage. Ana kesian dengan cikgu2 yang baru je ana nak kenal. Dalam kepala macam2 yang ana rancang nak buat untuk dia orang, tapi tak tau la. Harap2 sebelum tukar tempat lagi, ana boleh buat sesuatu untuk mereka semua.

:)...ana tak de idea nak letak apa kat dalam kotak title tu...so ana cuma letakkan tanda soal je..



Read more...

Friday, September 18, 2009

Salam aidilfitri buat semua rakan dan kenalan, saudara mara, ahli keluarga, para pelajar yang pernah menjadi murid ana...walau di mana juga anda berada...semoga gembira di syawal yang mulia ini.

Read more...

Thursday, September 10, 2009

UPSR

Selamat menghadapi UPSR buat joie...semoga dapat menjawab soalan dengan hati yang tenang.
Read more...

Monday, August 24, 2009

Tazkirah Ramadhan

1- Nabi s.a.w bersabda; "Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggu syaitan dan jin yang jahat dan tertutup pintu Neraka sehingga tiada satu pun terbuka dan terbuka semua pintu Syurga sehingga tiada satu pun yang tertutup..."

2- Nabi s.a.w bersabda; " Orang yang berpuasa mempunyai 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa dan ketika menemui Tuhannya."

3- Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin berkata orang yang berpuasa dijanjikan Allah akan bertemu dengan-Nya untuk menerima ganjaran puasa.

4- Imam Al-Ghazali berkata mereka yang berpuasa perlu memelihara 6 adab batin:

i) Menahan pandangan terhadap segala perkara tercela dan yang dilarang agama

ii) Daripada perbuatan yang boleh mengganggu hati seperti lalai daripada berzikir dan mengingati Allah

iii) Lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci maki, menimbulkan permusuhan dan riak

iv) Daripada perkara dilarang kerana setiap yang haram diucapkan, haram pula mendengarnya

v) Seluruh anggota lain daripada melakukan dosa seperti tangan dan kaki. Juga tidak memakan barang yang syubahat ketika berbuka

vi) Makan sewaktu berbuka sekalipun daripada makanan yang halal sehingga kenyang

5- Nabi s.a.w bersabda; "Barangsiapa yang makan atau minum kerana terlupa, maka tidaklah ia berbuka (tidak batal puasanya), kerana itu semata-mata satu rezeki yang diberikan Allah kepadanya."


Read more...

Saturday, August 15, 2009

Balangsungkawa- Ustaz Asri (Rabbani)

Setiap kali membaca berita allahyarham...hati terasa hiba. Ana dewasa bersama nasyid alunan beliau bermula dari Nada Murni. Terasa begitu kehilangan walaupun ana tak pernah mengenali beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Amin...

Read more...

Friday, August 14, 2009

Doa elak penyakit

Semoga dapat di manafaatkan bersama. Insyaallah...

Read more...

Friday, July 24, 2009

Perhimpunan Bersama Warga Pendidik


Selasa lepas ana, bersama bos n seorang lagi rakan menghadiri perhimpunan bersama warga pendidik di Putrajaya. Ceritanya berkaitan pemansuhan PPSMI tahun 2012 Taklimat diberi oleh TPM (Tan Sri Muhyidin Yassin). Ana bukan nak bercerita pasal PPSMI...sebab semua org dah bercerita tentang PPSMI. Ana tak pasti kalau semua orang puas hati bila PPSMI dimansuhkan. Tapi kalau nak cerita puas hati, memang tak ada sudahnye...

Kat sini ana nak cerita sikit tentang memartabatkan Bahasa Melayu seperti yang diwar-warkan. Bunyinya memang bagus, tapi ana tak nampak apa yang perlu dilakukan. Betul ke nak martabatkan bahasa Melayu semula???? Yang ana dengar Bahasa Inggeris akan diwajibkan dalam SPM.Bukan ana tak suka bahasa Inggeris. Ana sendiri suka baca buku bahasa Inggeris.

Kalau betul nak baiki bahasa Inggeris anak-anak murid kita, jadikan bahasa Inggeris tu satu matapelajaran yang menyeronokkan. Sekarang ni dengan suasana pembelajaran yang semakin rumit, anak-anak murid kita semakin bertambah penat dan bosan. Ajar mereka bercakap guna bahasa Inggeris. Kita kata kita nak mereka tu cakap dalam bahasa Inggeris kan??? Takkan la nak suruh mereka cakap bahasa Inggeris sampai kene lulus wajib. Sekarang ni mereka semakin takut dengan matapelajaran tu sebab semuanya jadi wajib. Pak menteri kata, takkan la belajar bahasa Inggeris dari tahun 1 sampai tahun 6, dari ting 1 sampai ting 6 tak boleh lulus bahasa Inggeris...ana tersenyum sendiri dengan kata-kata tu.

Sedangkan orang Melayu yang cakap Melayu dari kecik sampai la nak mati...pun tak boleh lulus bahasa Melayu dalam SPM...:) macam mana tu...:) Ana sendiri terkial-kial nak memantapkan bahasa Melayu ana. Degree bahasa Melayu...tapi semakin ana belajar...semakin banyak benda yang ana rasa ana tak tau dalam bahasa Melayu. Dulu masa ana mengajar...rasa macam ana bagus je...ye lah masa tu ajar budak kecik...sekarang ni ana rasa...huh macam tah apa-apa bahasa Melayu ana...

Berbalik kepada memartabatkan bahasa Melayu, apa sebenarnya yang nak dilakukan??? Tak ada apa pun sebenarnya. Tak dengar pun apa yang akan dilakukan. Kalau dulu ada macam-macam slogan sekarang ni tak ada apa-apa pun. Senyap dan sunyi...Martabatkan lah dulu bahasa Melayu...sambil2 tu mantapkan bahasa Inggeris yang tak kurang pentingnya dalam kehidupan global. Begitu juga bahasa-bahasa lain antaranya bahasa Arab dan bahasa Cina.

Read more...

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute