Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Thursday, February 11, 2010

Bukit Tinggi

DSC_0478

Tasik Maninjau

Baru ada kesempatan untuk masukkan gambar ke dalam blog. Dengan Laptop yang bermasalah…semuanya melambatkan ana untuk upload gambar dan membuat kemaskini blog.

Gambar-gambar yang ana simpan dalam laptop semuanya hilang. Baik juga gambar dalam memori kad masih tersimpan. Kalau tak…

Dah la 2/tiga kali bengang…nak buat keje…tapi tak boleh nak teruskan. Kalau teruskan jugak….nanti di kata besar kepala….

Tambah lagi bengang…kamera kesayangan aku dihilangkan…aduhhhh… lagi sakit jiwa dibuatnnya…dapat ke balik nanti???


Read more...

Wednesday, January 6, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Salam Tahun Baru dari ana. Sejak balik dari Bukit Tinggi Ahad lepas, baru hari ni ana ada kesempatan untuk update blog ana. Sebenarnya kesempatan tu memang ada. Entah kenapa ana tak rasa teruja sangat menyambut kedatangan 2010. Ingatkan balik dari cuti, rasa seronok bercuti ke Bukit Tinggi ana bawa sekali pulang ke Malaysia. Tak juga nampaknya. Semangat ana masih tertinggal di tahun 2009.

Bukan sayang meninggalkan 2009, tapi kerana pelbagai peristiwa yang berlaku buatkan ana rasa terkedu sehingga kini. Ingatkan nak menyambung cerita dari Bukit Tinggi, tak tau lah...ambil sedikit masa nampaknya.

Bukannya tak seronok bercuti...pengalaman bercuti ke Bukit Tinggi paling menyeronokkan untuk ana. Dengan pemandangan yang indah sepanjang perjalanan, makanan yang enak, layanan mesra dari masyarakat Bukit Tinggi cukup menggembirakan ana. 5 hari ke sana memang satu percutian yang boleh dikatakan berbaloi untuk ana.

Mungkin bagi orang lain, mereka seronok dengan membeli-belah. Bagi ana, lain pulak. Ana rasa teruja betul dengan pemandangan sepanjang perjalanan. Kalau biasanya pemandangan sebegitu hanya boleh kita tengok dalam lukisan, di televisyen, tapi sepanjang 5 hari tu, ana nikmati sendiri dengan mata ana. Kepada sesiapa yang belum dan mungkin teringin ke sana...pergilah. Di tempat kita pemandangan sebegitu rasanya dah tak ada lagi. Kalau ada pun mungkin sedikit di sebelah utara semenanjung sana.

Tapi tak secantik di Bukit Tinggi Sumatera. Pergilah ke Tasik Maninjau, lihatlah gunung Singgalang, Gunung Berapi dan sebuah lagi gunung yang ana lupa namanya. Lawat lah juga ke Pandai Sikek, Koto Tuo, Air Terjun Lembah Harau, Lubang Jepun...tak rasa rugi ke sana.

Lihatlah juga bagaimana kehidupan masyarakatnya yang sentiasa bekerja mencari sesuap nasi. Pada mereka kita orang Malaysia...kaya raya...setiap dari kita yang melancong ke sana pasti jadi tumpuan. Jangan marah Aldi (Tourist Guide kami) kalau terbaca blog ni...

Terima kasih Aldi( Tourist Guide), Abg Hans (Driver bas) dan Mori (Ass. Driver). Hari tu tak sempat nak ucap terima kasih pada semua. Terima kasih kerana beri banyak info-info menarik sepanjang 5 hari di sana. Rasanya memang penat bercakap sepanjang perjalanan. Lebih-lebih lagi nak melayan kami ni semua. Yang teruja nak membeli belah lain, yang teruja dengan scenery satu cerita lain.

Cuma terkilan tak dapat tonton tarian tradisional orang Minang. Memang teringin sangat nak tengok secara dekat. Sebab sebelum ni cuma tengok dari tv je. Apa pun harapan ana lain kali berkesempatan lagi ke sana insyaallah.

Read more...

Thursday, December 31, 2009

Salam dari Bukit Tinggi

Salam dari ana di Bukit Tinggi, Sumatera. Waktu ana menulis di blog ni...ana berada di sebuah cyber cafe yang terletak tak jauh dari hotel ana menginap. Ini malam terakhir ana berada di sini. Esok pukul 8 pagi waktu Indonesia ana akan bertolak balik ke Malaysia. Malam ni suasana di Bukit Tinggi agak meriah dari biasa kerana sambutan Tahun Baru. Tak seperti kita di Malaysia, suasana menyambut Tahun Baru cuma meriah di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Tetapi kat sini suasananya sedikit berbeza. Menyambut Tahun Baru seperti suatu perayaan yang perlu di sambut secara besar-besaran terutama oleh golongan muda walaupun di sini hampir keseluruhan penduduknya beragama Islam.

Tapi pengalaman melancong ke sini memang sungguh menyeronokkan. Bukan hanya dengan membeli-belah, tetapi pemandangan dan tempat-tempat pelancongan yang bersejarah juga sungguh menarik hati ana. Insyaallah gambar-gambar dan cerita-cerita menarik dari sini akan ana muatkan dalam blog ana nanti.

Sekian dulu dari ana....insyaallah kita berjumpa lagi nanti.

Read more...

Saturday, December 26, 2009

Banner oh banner...

Jeles lak rasa bila nengok banner org muo ngan banner mak uda n pak uda. Masing-masing highlight tempat masing-masing. Camni nak gak promosi tempat sendiri...Ghombau daerah beradat...camne..ok tak:)

Sebelum ni letak Polaris...yang maknenya bintang utara...tapi tak penah pun cerita pasal bintang...hehehe...tapi kalau tukar banner n letak Ghombau daerah beradat...kene lah cite pasal Rembau jugak kan...nanti ah...

Balik tang Bukit Tinggi sok...mesti berubah punya blog ni. Banyak nak kene cite tu...best jugak. Lepas kepala ni dah masuk macam-macam benda...boleh gak refresh balik.

K...Selamat Tahun Baru 2010...Selamat Maal Hijrah(tak sempat nak sebut dalam blog ari tu)...jumpa lagi Januari nanti. Semoga semuanya berjalan lancar...selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Insyaallah.

Terima kasih kat semua yang singgah kat blog ni...orang muo, mak uda n pak uda, en poning :) n sapa-sapa saje lah yang singgah. Jumpa lagi...

Read more...

Friday, December 25, 2009

Kawan, sahabat

Apa agaknya erti kawan dan sahabat bagi orang lain...seperti yang selalu diperkatakan mencari kawan tak sesukar mencari seorang sahabat. Tapi untuk ana tetap menjadi suatu kesukaran walaupun dalam mencari erti berkawan. Baru-baru ini seorang rakan lama ana menelefon ana dan menghantar sms kepada ana. Ketika itu ana berada luar dari kawasan rumah ana dan telefon ana tertinggal di rumah. Sms dari dia buat ana terkedu...kenapa engkau tak jawab bila aku call atau sms, aku ingat kat kau...ye lah...aku ni siapalah pada engkau...

Kenapalah keluar ayat yang macam tu...sampai hari ni ana masih belum menjawab atau menelefon rakan lama ana. Bukan ingin berlaku kejam, tapi setiap kali menghantar pesanan ringkas, itu lah ayat yang dihantar. Kenapa? Seingat ana, belum pernah lagi ana menghantar kata-kata yang menyakitkan hati rakan ana tu. Kalau dia mengaku ingat pada ana, mengaku ana ni rakan dia, tak perlulah keluar kata-kata sebegitu rupa.

Dalam hati ana, belum pernah lagi ana ingin melupakan rakan-rakan lama. Cuma kadangkala ana terasa bosan dengan teknologi yang sentiasa mengejar kehidupan manusia. Sesekali ana cuba bebaskan diri ana dari situasi begitu. Sebab tu ada masanya ana tak kisah pun telefon ana pada siapa dan di mana letaknya. Ana harap rakan ana tu beri ana masa dan ruang seketika. Insyaallah, ana akan menghantar pesanan ringkas dan menelefon dia suatu hari nanti.

Belum selesai dengan rakan ana yang seorang ni, seorang lagi rakan mengeluarkan kata-kata yang agak pedih untuk ana terima. Dia cuba memperkenalkan ana dengan bapa saudaranya. Bukan ana menolak, cuma ana tak mau rasa terpaksa dalam menerima seseorang dalam hidup ana. Kata-katanya " ke engkau tak terima sebab mencari pucuk muda"...sakitnya hati ana ketika itu tuhan je yang tau. Kalau dekat mau je ana...

Tapi ana masih boleh lagi berseloroh, walau dalam hati, tuhan je yang tau bagaimana perasaan ana waktu tu. Belum pernah ana menetapkan bagaimana atau tahap apa seseorang perlu berkawan dengan ana. Sampai saat ni ana masih terasa pedihnya. Bila dia cuba YM ana dan telefon ana, ana diamkan je. Entahlah, tak taulah sampai bila ana berdiam diri dengan dia. Kenapa bila meluahkan kata-kata, kita jarang nak berfikir tentang perasaan orang lain.

Ana bukan seorang yang terlalu sensitif dalam berkawan. Ana tau di belakang ana, ada yang berkata, bercerita tentang ana. Tapi pada ana, selagi tak menyentuh keperibadian ana, dan memang bukan ana yang melakukan, biarlah. Tak menjadi apa pun kepada ana. Cuma suatu saat bila kata-kata di atas diluahkan kepada ana, terasanya sampai menusuk jauh ke dalam hati ana. Ana cuma terfikir kenapa?



Read more...

Thursday, December 24, 2009

Catatan penghujung 2009

Lamanye tak update blog ni...gara2 satu kegilaan baru buat ana...apa dia...takyah citelah...:) tapi selepas ni no more chat or whatever yang berkaitan dengannya. Kesian juga pada kawan-kawan tagged dan skype...tapi ana tak boleh nak buat apa. Kalau masih ada yang ingat kat blog ana ni, kita jumpa je di sini. tak pun cari ana di FB. Ana ada kat situ. Kenapa stop kan semuanya?? tak dapat ana menjelaskan nya kat sini...

Tapi tak apalah...tahun 2010 semakin menjelang...umur ana pun dah menjangkau 45 tahun...tak lah lama mana hidup ni lagi...walau muka mungkin nampak sedikit berbeza dengan mereka yang sama sewaktu dengan ana...tapi umur tetap umur...semakin bertambah. Bukan semakin berkurang. Apa pun ana bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.b.t yang sentiasa mengurniakan ana dengan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah walaupun tidak semewah mana seperti yang diimpikan oleh sesetengah dari kita.

Bukan ana menolak kehidupan mewah, tapi ana rasa, inilah ana...ana tak biasa dengan kehidupan sebegitu. Ada yang menggunakan kata-kata, jika kaya ingin berbakti dengan negara, kepada sesama bangsa, menolong yang susah...

Bukan ana tak ingin kaya atau menolong orang yang susah. Teringin sangat sebenarnya, tapi ana cuma boleh menolong dengan ilmu yang ada pada ana. Setakat hari ni walau pelbagai tawaran yang datang, berbagai kata-kata yang lunak didengar, ana masih belum tertarik untuk berbuat begitu. Biarlah ana dengan cara ana, menolong dengan cara ana.

Sebenarnya ana bukan nak bercerita tentang kaya. Ada sesuatu dalam diri ana yang tersimpan yang buat ana sedih dalam beberapa hari ni. Tapi sukar untuk ana luahkan...untuk ana berkongsi dengan sesiapa sahaja. Perkara dah berlalu...biarkan lah. Ana cuba perbaiki diri untuk tahun 2010 ni insyaallah.

28 Dis ni ana akan ke Bukit Tinggi, Indonesia. Semoga pemergian ana ke sana selama 5 hari dapat mengubat segala apa yang ada dalam kepala dan hati ana insyaallah.

Read more...

Saturday, December 5, 2009

Kalau dah memang rezeki...

Salam buat semua...sekali lagi ana mengambil masa untuk mengemaskini blog. Tak taulah sebab yang mana...sama ada keterujaan tu semakin berkurang atau blog yang perlu ana kemaskini semakin bertambah.

Semalam ana ke imigresen Seremban untuk buat pasport. Sebab hujung bulan ni ana akan ke negara seberang bersama kawan2 ana. Sebenarnya ana dah buat appointment dengan seorang rakan yang berjanji akan tolong ana semasa buat pasport nanti. Tau2 je lah...mesti ramai orang kat sana. Seperti yang dipesan, ana menghantar sms kepada rakan tersebut. Rupanya dia dah cuti bersalin. Tak apalah. Bukan rezeki ana nampaknye. Dalam kepala ana...parking dah tentu susah, orang dah tentu ramai terutama ni musim cuti sekolah.

Tapi ana yakin, kalau memang rezeki ana, insyaallah segalanya akan dipermudahkan juga. Hujan boleh tahan lebat juga pagi semalam. Memang rezeki ana, sampai saja di sana, ana taklah terlalu bersusah payah mencari tempat parking. Cuma semasa mengambil nombor giliran, nombor ana agak jauh juga dengan nombor yang tertera. Tapi tak apa lah. Ana pandang keliling..mana lah tau ada seseorang yang ana kenal.
Bukan apa, terasa bosan menunggu...tapi tak ada sape pun. Lebih kurang 2 jam menunggu, ana terpandang seseorang yang ana rasa seperti jiran ana di kaunter. Tapi ana kurang pasti...takut tersalah orang. Ana sms adik ana yang berada di Melaka, dia pun tak dapat beri jawapan. Tak apalah. Perut dah mula rasa pedih...nak tinggalkan tempat, takut nombor dipanggil. Rasa rugi pulak. Akhirnya ana cuba juga untuk bertanya pegawai yang bertugas dikaunter yang ana rasakan jiran ana....:)

Betul rupanya...terasa pulak dihati...selama ni ana yang tak pernah cuba ambil tau atau apa???Ana ni jarang nak bertanya tentang kerja seseorang...takut disalah ertikan. Ye lah...manalah tau..orang yang ditanya kecil hati bila ditanya tentang kerja...sebelum ni ana selalu juga nampak jiran ana ni balik keje...pakai uniform..tapi tak pasti uniform apa. Rupanya dia dah 2 tahun keje kat sini. Ishk...rasa bersalah pulak kat diri sendiri.

Sebenarnya tujuan ana bertanya bukanlah nak minta pertolongan dia...cuma ana nak bertanya berapa lama ana perlu tunggu utk giliran nombor ana nanti. Tapi dah memang rezeki agaknya...dia mengambil borang ana untuk di uruskan. Rasa bersalah kali ke dua. Ye lah...orang lain puas menunggu...dengan anak kecil...yang berkerusi roda...semuanya sabar menunggu.
Tak sampai 30 minit, borang ana selesai diuruskan. Cuma nak tunggu pasport selesai je. Terima kasih Dik Yah...itu panggilan ana untuk jiran ana. Dah memang dari kecil itulah panggilannya...walaupun dah berkeluarga, bekerja... ana rasa ana tak boleh nak ubah panggilan tu untuk dia...

Read more...

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute