Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Thursday, August 26, 2010

Ayam Den Cokau Talapeh...Versi Nesmilan


Read more...

Friday, August 20, 2010

Indahnya Al Qur'an...Indahnya Islam...


Read more...

Friday, August 13, 2010

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan buat semua yang mengenali ana di mana jua anda berada...mohon maaf jika ada kesilapan ketika bertutur kata atau dalam tingkah laku ana.

Read more...

Langkah terhenti...

Sekali lagi terbosan untuk update blog bila bertukar ofis. Ditambah dengan kerja-kerja yang bukan menarik perhatian ana. Sejak dari awal...ana lebih berminat kerja-kerja yang kena pegang 'tools'. Bila bos nak jugak ana buat kerja-kerja berkaitan pentadbiran dan lebih kepada penyediaan dokumen...ana rasa otak ana bagaikan terhenti. Bos kata ana perlu belajar...bab belajar ni ana tak kisah langsung. Tapi bila masuk bab dokumentasi...aduhhh...sampai sekarang ana masih belum dapat menyesuaikan diri dengan situasi ni.

Sampai bila agaknya...dah lebih satu bulan...tapi ana rasa masih di tahap yang sama...

Read more...

Thursday, February 11, 2010

Bukit Tinggi

DSC_0478

Tasik Maninjau

Baru ada kesempatan untuk masukkan gambar ke dalam blog. Dengan Laptop yang bermasalah…semuanya melambatkan ana untuk upload gambar dan membuat kemaskini blog.

Gambar-gambar yang ana simpan dalam laptop semuanya hilang. Baik juga gambar dalam memori kad masih tersimpan. Kalau tak…

Dah la 2/tiga kali bengang…nak buat keje…tapi tak boleh nak teruskan. Kalau teruskan jugak….nanti di kata besar kepala….

Tambah lagi bengang…kamera kesayangan aku dihilangkan…aduhhhh… lagi sakit jiwa dibuatnnya…dapat ke balik nanti???


Read more...

Wednesday, January 6, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Salam Tahun Baru dari ana. Sejak balik dari Bukit Tinggi Ahad lepas, baru hari ni ana ada kesempatan untuk update blog ana. Sebenarnya kesempatan tu memang ada. Entah kenapa ana tak rasa teruja sangat menyambut kedatangan 2010. Ingatkan balik dari cuti, rasa seronok bercuti ke Bukit Tinggi ana bawa sekali pulang ke Malaysia. Tak juga nampaknya. Semangat ana masih tertinggal di tahun 2009.

Bukan sayang meninggalkan 2009, tapi kerana pelbagai peristiwa yang berlaku buatkan ana rasa terkedu sehingga kini. Ingatkan nak menyambung cerita dari Bukit Tinggi, tak tau lah...ambil sedikit masa nampaknya.

Bukannya tak seronok bercuti...pengalaman bercuti ke Bukit Tinggi paling menyeronokkan untuk ana. Dengan pemandangan yang indah sepanjang perjalanan, makanan yang enak, layanan mesra dari masyarakat Bukit Tinggi cukup menggembirakan ana. 5 hari ke sana memang satu percutian yang boleh dikatakan berbaloi untuk ana.

Mungkin bagi orang lain, mereka seronok dengan membeli-belah. Bagi ana, lain pulak. Ana rasa teruja betul dengan pemandangan sepanjang perjalanan. Kalau biasanya pemandangan sebegitu hanya boleh kita tengok dalam lukisan, di televisyen, tapi sepanjang 5 hari tu, ana nikmati sendiri dengan mata ana. Kepada sesiapa yang belum dan mungkin teringin ke sana...pergilah. Di tempat kita pemandangan sebegitu rasanya dah tak ada lagi. Kalau ada pun mungkin sedikit di sebelah utara semenanjung sana.

Tapi tak secantik di Bukit Tinggi Sumatera. Pergilah ke Tasik Maninjau, lihatlah gunung Singgalang, Gunung Berapi dan sebuah lagi gunung yang ana lupa namanya. Lawat lah juga ke Pandai Sikek, Koto Tuo, Air Terjun Lembah Harau, Lubang Jepun...tak rasa rugi ke sana.

Lihatlah juga bagaimana kehidupan masyarakatnya yang sentiasa bekerja mencari sesuap nasi. Pada mereka kita orang Malaysia...kaya raya...setiap dari kita yang melancong ke sana pasti jadi tumpuan. Jangan marah Aldi (Tourist Guide kami) kalau terbaca blog ni...

Terima kasih Aldi( Tourist Guide), Abg Hans (Driver bas) dan Mori (Ass. Driver). Hari tu tak sempat nak ucap terima kasih pada semua. Terima kasih kerana beri banyak info-info menarik sepanjang 5 hari di sana. Rasanya memang penat bercakap sepanjang perjalanan. Lebih-lebih lagi nak melayan kami ni semua. Yang teruja nak membeli belah lain, yang teruja dengan scenery satu cerita lain.

Cuma terkilan tak dapat tonton tarian tradisional orang Minang. Memang teringin sangat nak tengok secara dekat. Sebab sebelum ni cuma tengok dari tv je. Apa pun harapan ana lain kali berkesempatan lagi ke sana insyaallah.

Read more...

Thursday, December 31, 2009

Salam dari Bukit Tinggi

Salam dari ana di Bukit Tinggi, Sumatera. Waktu ana menulis di blog ni...ana berada di sebuah cyber cafe yang terletak tak jauh dari hotel ana menginap. Ini malam terakhir ana berada di sini. Esok pukul 8 pagi waktu Indonesia ana akan bertolak balik ke Malaysia. Malam ni suasana di Bukit Tinggi agak meriah dari biasa kerana sambutan Tahun Baru. Tak seperti kita di Malaysia, suasana menyambut Tahun Baru cuma meriah di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Tetapi kat sini suasananya sedikit berbeza. Menyambut Tahun Baru seperti suatu perayaan yang perlu di sambut secara besar-besaran terutama oleh golongan muda walaupun di sini hampir keseluruhan penduduknya beragama Islam.

Tapi pengalaman melancong ke sini memang sungguh menyeronokkan. Bukan hanya dengan membeli-belah, tetapi pemandangan dan tempat-tempat pelancongan yang bersejarah juga sungguh menarik hati ana. Insyaallah gambar-gambar dan cerita-cerita menarik dari sini akan ana muatkan dalam blog ana nanti.

Sekian dulu dari ana....insyaallah kita berjumpa lagi nanti.

Read more...

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute