Hari ni aku menghadiri Pesta Ubi Kayu anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Daerah Tampin. Hadir aku bukan sebagai ahli, cuma sebagai emcee. Lama dah tak join program macamni semenjak keje. Dulu, masa zaman sekolah...selalu gak join. Dengan aktiviti belia, tah macam2 lagi. Terfikir pulak...sibuk benar ke sampai tak de masa nak buat perkara2 mudah macam ni...seronok rasanya dapat join tadi walau hanya sebagai emcee.
Banyak juga input2 terkini yang aku dapat masa dengar ceramah dari pegawai pertanian dan pegawai kesihatan yang dijemput . Contohnya, kalau ada tanam sayur-sayuran, 3 hari sebelum petik, siram dengan air laut. Hhehe...jangan siram terus air laut tu...lecur kang sayur tu...caranya 1 cawan air laut campurkan dengan 30 cawan air biasa. Baru siram. Aaaaa...ada tambahan skit...jangan amik air laut yang kat muara sungai tu ek...ni kena amik air laut betul2...:)
Kata pegawai pertanian tu tadi...ni supaya sayur tu rasa manis. Nampaknye lepas ni aku la kena pajak amik air laut tuk dia org sebab selalu gi PD...hehehe...dah agak dah....tadi ada yang mula meng'oder'....boleh gak la...tapi botol kecik je la....mana larat nak angkat botol besar...:) Penutupan program dilakukan oleh Yang Mulia Tengku Isteri Che Puan Sharlita, (Isteri Tunku Besar Tampin).
0 comments:
Post a Comment