Kenapa aku masukkan artikel ni dalam blog???kerana waktu kejadian, aku sedang berkursus di hotel ni...
SUNGAI PETANI: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiga individu menaiki lif lalu menuju ke bilik mangsa menjadi bukti penting bagi polis dalam siasatan kes pembunuhan kejam seorang lelaki di sebuah hotel di Taman Sejati, di sini, petang semalam.
Mayat mangsa, Mohd Nasir Ishak, 35, ditemui pekerja hotel yang mahu mengemas bilik kira-kira jam 1.30 tengah hari dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat ditembak di kepala manakala kaki dan tangannya diikat pada katil.
Ketika mayatnya ditemui, mangsa hanya memakai seluar panjang dan tidak berbaju serta tubuhnya dalam posisi mengiring di atas katil dalam bilik yang terletak di tingkat tiga hotel berkenaan.
Mangsa yang berasal dari Perlis, mendaftar masuk di hotel itu seorang diri petang kelmarin, namun gagal mendaftar keluar sebagaimana sepatutnya, menyebabkan pekerja hotel berkenaan diarah mengemaskan biliknya.
“Mangsa hanya memakai seluar panjang dan tidak berbaju ditemui dalam keadaan mengiring. Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan tembakan pada jarak dekat di bahagian kepala mangsa menyebabkan dia mati di tempat kejadian.
“Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif kejadian kerana mendapati tiada kesan pecah masuk pada pintu bilik, selain tiada kesan diselongkar, manakala barangan peribadinya tidak hilang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.
Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan mangsa diserang oleh orang dikenalinya. Mohd Zakaria berkata, berdasarkan pemeriksaan CCTV hotel berkenaan, polis mendapati tiga individu menaiki lif lalu menuju ke bilik mangsa.
0 comments:
Post a Comment