Salam Tahun Baru dari ana. Sejak balik dari Bukit Tinggi Ahad lepas, baru hari ni ana ada kesempatan untuk update blog ana. Sebenarnya kesempatan tu memang ada. Entah kenapa ana tak rasa teruja sangat menyambut kedatangan 2010. Ingatkan balik dari cuti, rasa seronok bercuti ke Bukit Tinggi ana bawa sekali pulang ke Malaysia. Tak juga nampaknya. Semangat ana masih tertinggal di tahun 2009.
Bukan sayang meninggalkan 2009, tapi kerana pelbagai peristiwa yang berlaku buatkan ana rasa terkedu sehingga kini. Ingatkan nak menyambung cerita dari Bukit Tinggi, tak tau lah...ambil sedikit masa nampaknya.
Bukannya tak seronok bercuti...pengalaman bercuti ke Bukit Tinggi paling menyeronokkan untuk ana. Dengan pemandangan yang indah sepanjang perjalanan, makanan yang enak, layanan mesra dari masyarakat Bukit Tinggi cukup menggembirakan ana. 5 hari ke sana memang satu percutian yang boleh dikatakan berbaloi untuk ana.
Mungkin bagi orang lain, mereka seronok dengan membeli-belah. Bagi ana, lain pulak. Ana rasa teruja betul dengan pemandangan sepanjang perjalanan. Kalau biasanya pemandangan sebegitu hanya boleh kita tengok dalam lukisan, di televisyen, tapi sepanjang 5 hari tu, ana nikmati sendiri dengan mata ana. Kepada sesiapa yang belum dan mungkin teringin ke sana...pergilah. Di tempat kita pemandangan sebegitu rasanya dah tak ada lagi. Kalau ada pun mungkin sedikit di sebelah utara semenanjung sana.
Tapi tak secantik di Bukit Tinggi Sumatera. Pergilah ke Tasik Maninjau, lihatlah gunung Singgalang, Gunung Berapi dan sebuah lagi gunung yang ana lupa namanya. Lawat lah juga ke Pandai Sikek, Koto Tuo, Air Terjun Lembah Harau, Lubang Jepun...tak rasa rugi ke sana.
Lihatlah juga bagaimana kehidupan masyarakatnya yang sentiasa bekerja mencari sesuap nasi. Pada mereka kita orang Malaysia...kaya raya...setiap dari kita yang melancong ke sana pasti jadi tumpuan. Jangan marah Aldi (Tourist Guide kami) kalau terbaca blog ni...
Terima kasih Aldi( Tourist Guide), Abg Hans (Driver bas) dan Mori (Ass. Driver). Hari tu tak sempat nak ucap terima kasih pada semua. Terima kasih kerana beri banyak info-info menarik sepanjang 5 hari di sana. Rasanya memang penat bercakap sepanjang perjalanan. Lebih-lebih lagi nak melayan kami ni semua. Yang teruja nak membeli belah lain, yang teruja dengan scenery satu cerita lain.
Cuma terkilan tak dapat tonton tarian tradisional orang Minang. Memang teringin sangat nak tengok secara dekat. Sebab sebelum ni cuma tengok dari tv je. Apa pun harapan ana lain kali berkesempatan lagi ke sana insyaallah.
Read more...