Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Wednesday, April 27, 2011

Bicara buat teman...

Teman,

di daerah ini kita ditemukan...

di pinggiran pantai ...

bersama gelak tawa...

dan gurau senda...


teman,

di sini...

kita sama-sama berjuang...

dengan seribu kepahitan...

dengan kepedihan yang mencengkam...

bersama harapan...

kejayaan di dalam genggaman...


teman,

musim telah berlalu...

hari telah berganti...

tiap yang datang pasti jua kembali...


teman,


kini kita berada dipenghujung perjalanan...

haruskah pertemuan dikesalkan...

dan perpisahan ditangiskan...


teman,

apakah kita...kau...aku

bisa bertemu kembali...

bersama kejayaan yang bererti...

bersama kemesraan yang abadi...


Memori MTC 87/89


Sajak aku ke kat atas tu??? entah...aku sendiri tak ingat samada aku yang menulisnya atau sajak kepunyaan orang lain...tapi yang pasti...aku terjumpa sajak ni dalam buku catatan yang entah tersimpan berapa lama dalam kotak di bilik aku.

Sebenarnya aku mencari sesuatu...tapi lain yang dicari...lain yang aku jumpa...rasa sayu pulak bila terbaca tulisan kawan-kawan dalam buku catatan ni...sebahagiannya ada dalam FB...tapi kemesraan tu mcm tak ada kesinambungan...

Aku yang mengelak atau masing-masing sibuk dengan kerjaya dan juga keluarga...aku nak menyibuk sama...terasa segan...

Dalam kesibukan kerja dan melayan kerenah anak murid...dah 22 tahun rupanya aku tinggalkan maktab...sama usia dengan buku catatan aku tu...semalam semasa taklimat bersama rakan-rakan guru...aku ada menyebut tentang buku tu...

tapi ye lah...anak murid pun dah ramai yang jadi pensyarah...pangkat pun dah besar...cikgu dia orang ni je yang masih terkial-kial nak mengejar segulung ijazah...itu pun dengan pelbagai dugaan yang ada kalanya aku sendiri rasa tak sanggup nak lalui...

Esok...aku bersama 3 orang rakan mencuba nasib untuk meneruskan perjuangan dalam pencarian ilmu...berjaya ke aku???

Kalau bukan kerana rasa tercabar dengan beberapa situasi...mungkin tak sekuat ini perasaan aku untuk meneruskan perjalanan...

Gambar?? nanti la aku upload...kalau boleh nak upload gambar-gambar klasik dengan kawan-kawan lama...tapi ada ke lagi...nak mencari tu yang malas...kalau macam tadi...cari lain jumpa barang lain...ok gak :)

Read more...

Sunday, April 24, 2011

Laungan Azan Tidak Pernah Putus…


Melalui kajian yang dijalankan oleh beberapa pemikir dan cendekiawan Islam di Indonesia, sesungguhnya laungan azan yang bermula sejak di zaman Rasulullah S.A.W itu tidak pernah terputus mengelilingi bumi, selama 24 jam sehari mengikut putaran bumi sehingga kiamat. Sedarkah anda tentang hakikat ini?


Mari kita selami kebenaran dan keunikan perjalanan fenomena yang membuktikan keagungan Islam zaman berzaman ini bersama. Sediakan peta dunia di hadapan anda untuk memulakan “perjalanan” azan mengelilingi dunia.


Pertamanya, sila rujuk kepada peta dunia dan cari kedudukan Indonesia. Di situ, kita akan dapati bahawa kedudukan Indonesia terletak di bahagian timur bumi. Gugusan kepulauan di Indonesia adalah terdiri dari kepulauan Jawa, Sumatera, Kalimantan (termasuk Sabah dan Sarawak) dan Sulawesi.

Apabila fajar tiba di bahagian timur Sulawesi, sekitar jam 5.30 waktu tempatan, azan Subuh akan dilaungkan ribuan muazzin di situ. Proses ini berlanjutan dari satu tempat ke satu tempat sehingga tiba di bahagian barat Indonesia.


Setelah satu setengah jam azan sambung menyambung oleh muazzin-muazzin di Sulawesi selesai, laungan azan ini akan di sambung pula di Jakarta, kemudian di Sumatera, dan sebelum proses laungan azan itu berakhir di Indonesia, ianya akan disambut pula oleh muaazin di Malaysia.


Kemudian, laungan azan dari negara kita akan disambung pula di Myanmar, dan jarak masanya ialah sekitar satu jam setelah Jakarta memulakan azan tadi. Kemudian, azan tersebut akan berlanjutan ke Dhaka, ibu negara Bangladesh.


Setelah perjalanan azan tersebut melalui Bangladesh, ianya akan berlanjutan pula ke bahagian barat India. Dari Calcutta hinggalah ke Bombay dan seluruh India akan turut bergema dengan seruan untuk umat Islam sujud kepada Allah.


Perjalanan azan diteruskan lagi ke Sialkot, Pakistan. Daerah Srinagar di India mempunyai waktu azan yang sama dengan Sialkot yang terletak di bahagian utara Pakistan. Perbezaan waktu antara Sialkot, Quetta dan Karachi adalah 40 minit dan dalam tempoh tersebut azan subuh akan kedengaran pula di seluruh Pakistan.

Sebelum azan tersebut selesai dialunkan muazzin di Pakistan, azan tersebut akan mula di sambung di Afganistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad juga adalah satu jam.


Kemudian, azan turun akan bersambung pula di Hijaaz Al-Muqaddas, di mana terletak dua kota suci umat Islam, Makkah Al-Mukarrahmah dan Madinah Al-Munawwarah, tempat asal lahirnya laungan azan. Kemudian azan tersebut akan meneruskan perjalanannya ke Yemen, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan seterusnya ke Iraq. Perbezaan waktu antara Baghdad dan Mesir juga adalah satu jam.


Seterusnya, perjalanan azan akan diteruskan ke Syria, Mesir, Somalia, dan Sudan. Perbezaan waktu antara barat dan timur Turki pula adalah satu setengah jam. Manakala Mesir dan Tripoli, ibu negara Libya, memiliki perbezaan waktu selama satu jam. Dan sepanjang tempoh perjalanan itu, azan yang dimulakan di Indonesia tadi belum lagi putus-putus perjalanannya. Sentiasa berkumandang mengelilingi dunia.

Dari benua Asia, azan meneruskan perjalanannya menyeberang ke benua Afrika.

Kini, kedudukan seruan azan sedang berkumandang di seluruh Afrika. Sejarah azan yang dimulakan oleh Bilal bin Rabah yang membawa seruan tauhid dan syahadah yang bermula dari Indonesia tadi, hingga akhirnya tiba di Asia Barat, Afrika dan lautan Atlantik memakan masa selama sembilan setengah jam.


Sebelum azan subuh tiba di lautan Atlantik, azan zohor telah bermula di bahagian timur Indonesia. Dan sebelum azan zohor tersebut tiba di Dakha, azan asar pula mula berkumandang dialun muazzin di sana.


Setelah azan asar dilaungkan di Jakarta, di dalam tempoh satu setengah jam, azan maghrib pula tiba waktunya di Sulawesi. Dan begitulah kitarannya kembali bermula, di saat muazzin di Indonesia melaungkan azan subuh, muazzin di Afrika turut melaungkan azan isyak di sana.

Jika kita renungkan fenomena kitaran perjalanan azan yang mengelilingi dunia tanpa putus-putus ini secara keseluruhan, dan akal yang dikurniakan Allah ini bakal dapat menyimpulkan sebuah fakta yang sangat menakjubkan kita, iaitu tidak ada sedetik pun waktu di dunia ini tanpa suara azan dari muazin di muka bumi.


Malah, pada ketika penulis sedang menulis artikel ini pun, penulis yakin bahawa muazzin-muazzin di seluruh dunia sedang sambut menyambut, melaungkan seruan kepada umat Islam untuk berkunjung ke rumah Allah S.W.T tanpa henti.


Kitaran azan itu akan terus berkumandang di muka bumi dan langit ini selama-lamanya, insyaAllah tidak akan berhenti selagi Israfil tidak melaungkan laungan sangkakala menandakan kiamat sudah tiba.


Dengan keajaiban signifikan yang kita perolehi melalui perjalanan azan mengelilingi dunia ini, sama-samalah kita menginsafi betapa pentingnya solat lima waktu kepada setiap umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita sama-sama sujud kepadaNya pencipta sekelian alam yang serba menakjubkan.


Seruan yang menyeru seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan solat pastinya akan bersahutan selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, empat minggu sebulan, 12 bulan setahun, sehinggalah “hari yang dijanjikan” itu tiba. Wallahua’alam.




Read more...

Thursday, April 21, 2011

Today is Beautiful



A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: "I am blind, please help." There were only a few coins in the hat.


A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words. Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, "Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?"






The man said, "I only wrote the truth. I said what you said but in a different way." I wrote: "Today is a beautiful day but I cannot see it." Both signs told people that the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people that they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the Story: Be thankful for what you have.. Be creative. Be innovative. Think differently and positively. When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile. Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear. The most beautiful thing is to see a person smiling. And even more beautiful, is knowing that you are the reason behind it!!! If you appreciate this message, please share. You may touch someone's heart today and forever. Enjoy your day with a heart of gratitude..

Thank you Mr Tham Siew Wai (BTPKPM) for sharing the very nice story...

Read more...

Friday, April 8, 2011

Saka...

Entry kali ni nak cerita lain sikit...tentang saka...kebetulan terbaca tentang artikel saka dalam Metro online...so saya kongsikan dengan anda...

Definisi saka

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.


Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.


Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.

Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.


Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.

Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.


Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.

Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau 'layak' mewarisinya.

Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.


Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.

Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.

Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.


Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.

Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).


IKHTIAR...apabila mendapat tahu diri atau ahli keluarga mewarisi saka segera dapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam.

"Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.


"Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya," katanya.


Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.

"Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.


"Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru," katanya.


Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.

"Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.

"Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka," katanya.


Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.


"Terdapat hadis daripada Abu Tha'labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.


"Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya," katanya.


Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.


"Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.

"Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya," katanya.


Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.


"Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.

"Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah," katanya.


Petanda seseorang mempunyai saka

Gejala waktu tidur


-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mimpi melihat budak kecil.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-merintih dan menangis ketika tidur.


Gejala waktu jaga

-Selalu pening kepala.
-Lalai mengingati Allah SWT
-Sering lesu dan malas.
-Rasa sakit di salah satu anggota badan.
-Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
-Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
-Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Mudah marah dan panas baran.
-Emosional dan terlalu sensitif.
-Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
-Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

Sumber artikel : Metro Online dan http://penawar.com/saka.html

Read more...

Wednesday, April 6, 2011

Great Drawings of David Jon Kassan

Introspective glimpses of reality imbue the art of David Jon Kassan. By immersing himself into his subject matter, Kassan is able to infuse his painting with life and realism. Kassan's direction of realism follows the philosophies employed by the Ashcan School of American Realists. Kassan's influences are varied; citing Robert Henri and John Sloan as his primary influences on philosophy and subject matter. As for style and technique he cites Antonio Lopez Garcia, Mark Rothko, Franz Kline and Clyfford Still as influences as well.

Lihat dan nilai kehebatan beliau melukis...













Sumber artikel : http://davidkassan.com/
Read more...

Sunday, April 3, 2011

Photo Shoots at Royal Puteri Melaka





aarrghh......very tiring day

try to get a good spot :D...lol


Together with all my collegue...we have photo shoots course at Royal Puteri Melaka from 29th March until 31 March 2011. Our facilitator, Mr Md Noh from BTPN Selangor...has lots of experience in potrait photo shoots.

This is not my my first time courses in photo shoots, but still not good in human potrait. As always...having problem in using framing. But thanks to Mr Md Noh for your tips in human potrait...aaahhh....now i know how to use white balance...:D

Just for sharing...am please with your comment...

Model : Ina


Model : Anis

Read more...

R U N N I N G: DON'T WASTE FOOD!!

R U N N I N G: DON'T WASTE FOOD!!: "ONE PART OF THE WORLD IS WASTING THE FOOD!! BALANCE FOOD DUMPED ON THE SOIL AFTER THE PARTY ANOTHER PART OF THE WORLD DOESN'T..."
Read more...

Friday, April 1, 2011

Road Bully @ Pembuli Jalan Raya

Keganasan jalan raya

Keganasan jalan raya merujuk kepada kegiatan mencederakan orang lain malah membunuh orang lain secara segaja dan sedar yang berlaku di antara pengguna jalan raya atas perselisihan yang berkaitan dengan masalah pengangkutan. Biasanya pemangsa dalam kes keganasan jalan raya dikenali sebagai samseng jalan. Pekara ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh membawa hukuman penjara, sebat malah hukuman bunuh.Contoh-contoh bagi kes keganasan jalan raya sejak 3 tahun lalu yang berlaku di Malaysia adalah seperti berikut:

* Pada 8 April 2003 di Puchong seorang pemuda telah dibelasah kerana pihak berkenaan tidak puas hati akan tindakannya memotong kereta.
* Pada 9 April 2003 di Gelang Patah, seorang pemuda telah diserang orang dengan pisau seni lukis kerana beliau nyaris terlanggar orang yang berkenaan. Untuk itu beliau telah mengalami kecederaan di bahagian lengan dan telah menerima rawatan jahitan luka sebanyak 100 jahitan.
* Pada 25 Januari 2005, seorang AJK pemuda UMNO telah dibunuh oleh samseng jalan
* Pada 13 Februari 2005, seorang pemuda dari Balakong nyaris membunuh orang kerana ia menyerang orang dengan penukul besi.
* Pada 25 Februari 2005, seorang jurutera MAS telah diparang mati oleh seorang samseng jalan yang membawa kereta mewah.

Sumber artikel :http://pmr.penerangan.gov.my

Pernah kena buli di jalan raya? Dulu cuma dengar dan baca dari surat khabar. Bila dah alami sendiri, baru tau sebenarnya peristiwa macam tu menakutkan dan mendatangkan trauma juga. Insiden ni baru je aku alami di Pekan Tampin Isnin lepas (28 Mac 2011).

Asalnya dari tempat kerja dan hantar dokumen ke Tampin. Dalam kepala berkira-kira, agak tepat masa juga seperti yang dijanjikan. Lepas sahaja dari lampu trafik depan SK Tampin, aku berkira-kira nak masuk jalan sebelah kanan. Sebab kereta depan aku di sebelah kiri jalan agak lambat. Tapi dalam hati tertanya-tanya, kereta sebelah kanan tadi dah lepas ke belum.

Aku beri signal nak masuk ke kanan. Sambil tu dah tengok side mirror dan cermin tengah. Bila aku dah pastikan tak ada kereta, aku masuk jalan sebelah kanan. Rupanya salah dugaan aku ni. Dari cermin tengah aku terperasan kereta belakang beri lampu. Ingatkan cuma marah begitu je. Sekali lagi tekaan aku salah.

Sampai je selekoh berhampiran PPD Tampin, ada kereta memotong laju dari sebelah kanan jalan. Waktu tu aku dah berada di sebelah kiri jalan untuk beri laluan pada kereta di belakang aku. Dalam hati rasa pelik. Tu kereta yang beri lampu tadi ke? Tapi kenapa buat macam tu.

Kereta tu terus masuk memotong dan menghalang kereta aku. Dia sengaja menahan brek kereta beberapa kali. Pun aku masih tertanya-tanya kenapa dengan kereta depan aku ni. Lepas lampu trafik masuk ke Pekan Tampin, pemandu kereta tu sekali lagi buat-buat tahan brek. Oleh sebab aku pandu perlahan, tak adalah sampai terlanggar kereta dia.

Aku masih tak pedulikan gelagat pemandu kereta tu. Itu yang buat dia semakin marah agaknya. Dia sengaja menghimpit kereta aku menyebabkan aku terpaksa cuba mengelak dari terlanggar kereta orang lain. Pemandu tu semakin tak puas hati. Dia menjerit-jerit marah bila aku tak memandang dia langsung. Sambil tu tangannya mengetuk side mirror sebelah kereta aku. Baik tak patah.

Aku cuba larikan diri dari pemandu kereta tu, dengan mengambil jalan hospital Tampin. Bila tengok cermin, rupanya dia ikut aku. Aku jadi cemas dan cuba ambil jalan majlis daerah. Pun masih dikejar juga. Dalam hati berkira-kira nak masuk ke Tampin Square. Tapi bila tengok dari cermin pemandu kereta tu masih ikut di belakang, aku terus buat keputusan masuk ke Balai Polis Tampin.

Masuk je kawasan balai, aku masih tak berani keluar kereta. Yang aku nampak, seorang perempuan mengambil gambar kereta aku. Ingatkan wartawan mana...rupanya perempuan tu ada sekali dalam kereta tadi. Aku menunggu polis keluar balai. Pemandu tadi mula memaki hamun aku. Dia menjerit-jerit marah. Dia kata aku memandu secara merbahaya semasa di lampu trafik tadi. Aku minta maaf dari dia. Walaupun sebenarnya tak rasa nak minta maaf pun.

Pemandu tu tetap tak puas hati. Dia ajak aku masuk dalam balai untuk buat laporan. Aku kata, aku masuk balai bukan nak buat apa-apa laporan, cuma nak larikan diri dari dia yang kejar aku setengah Pekan Tampin tadi. Dia tak puas hati. Mulalah memaki hamun aku lagi. Katanya, aku Melayu Bangsat, jangan nak tunjuk muka baik...macam la dia tu Mat Salleh mana...

Aku masih tak keluar dari kereta, cuma turunkan cermin kereta sikit. Tak lama kemudian, seorang pegawai polis wanita keluar balai, tanya apa yang berlaku. Baru aku lega sikit. Pemandu tu masih menjerit-jerit marah. Kata macam-macam kat aku. Sampailah polis yang ketiga keluar, baru aku keluar dari kereta.

Peliknya bila pegawai polis yang ketiga keluar dan tanya, boleh pulak dia kata salah faham. Tapi dalam masa yang sama, masih mengutuk aku. Aku malas nak cakap banyak. Malas nak layan orang macam tu. Pemandu tu mengadu macam-macam pada pegawai polis ketiga. Aku dengar je lah. Dia kata tadi aku langgar kereta orang, dan dia boleh jadi saksi. Laaaa....ingatkan dia yang langgar kereta aku...mana aku perasan. Pemandu tu kata aku tak berhenti. Kalau aku tau aku langgar kereta lain pun aku takkan berhenti, entah apa dia nak buat kat aku nanti.

Last sekali, aku pun tak tau macam mana pemandu yang marah-marah dan memaki hamun tu keluar dari kawasan balai. Sebab waktu tu aku sedang menjawab panggilan telefon. Tau-tau dia dah keluar. Pegawai polis yang ketiga bertanya aku sebab sebenar. Aku pun cerita apa yang berlaku. Dari pegawai polis ketiga, baru aku tau kenapa. Pemandu tu ingat aku nak berlumba dengan dia.

Hah...ada ke sampai ke situ. Patutla dia marah sangat. Dia fikir aku ambil jalan kanan, dan kemudian terus ke depan sebab nak berlumba dengan dia. Aduhhhh...bengong betul...pegawai polis tu tanya aku langgar ke kereta pemandu tadi...aku kata tak kena apa-apa pun kereta tu.

Kemudian aku minta diri dari pegawai polis tadi. Tapi masih trauma dengan kejadian yang tak disangka-sangka. Aku bertanya pegawai polis tadi, wajar ke aku nak ke Tampin Square. Aku takut, manalah tau pemandu tadi ada kat mana-mana. Bila pegawai polis tu beri jaminan takkan berlaku apa-apa, aku terus keluar dari kawasan balai dan memandu ke Tampin Square. Tapi tak berani keluar kereta. Mata masih memandang kiri dan kanan. Takut pemandu tadi muncul dari mana-mana tanpa aku sedar.

Bila dokumen dah diserahkan baru terasa takut yang amat sangat. Sebelumnya dah plan, dah serah dokumen nanti, nak pegi minum kejap. Tapi dah jadi macam ni, rasa haus dah hilang. Yang ada dalam kepala, cuma nak balik rumah.

Sampai hari ni, aku masih trauma. Rasa tak nak jejak Pekan Tampin. Takut terjumpa pemandu tu kat mana-mana. Rasanya aku boleh ingat muka pemandu tu dengan perempuan tu sampai bila-bila. Biasanya kalau yang lelaki marah, orang perempuan akan sabarkan atau diam je. Insiden yang aku alami ni pelik sikit. Yang perempuan join sekali. Ambil gambar kereta kiri kanan, depan belakang. Bila aku beritau polis yang pemandu tu ketuk side mirror kereta aku, perempuan tu siap kata, ada apa-apa jadik ke kat side mirror tu??

Aku ni tak ada niat langsung nak berlumba dengan dia orang. Kenapa masa aku nak ambil jalan kanan tadi, pemandu tu tak hon aku. Aku pun bukannya masuk tanpa beri lampu isyarat, dan aku pun bukannya masuk membuta tuli je.

Tapi ye lah...kalau nak mencari salah orang...memang senang je. Dia pun lupa, masa dia nak potong kereta aku, dia sendiri memandu dengan cara merbahaya. Buat-buat brek, menghimpit kereta aku supaya aku terlanggar kereta lain. Lagi satu, sebab kereta dia besar kot...kereta aku kecik je. Mana boleh kereta kecik, tak berapa nak mewah dan besar potong kereta dia. Itu yang dia sakit hati sangat agaknya...

Kepada pemandu-pemandu di luar sana...terutama pemandu wanita...berhati-hati di jalan raya. Kalau rasa mula di buli semasa perjalanan, jangan berhenti. Cari balai polis di mana-mana. Jangan cuba selesaikan masalah dengan mencari pergaduhan. Bukannya menyelesaikan masalah, tapi semakin membahayakan diri sendiri. Tak pun, telefon ke talian kecemasan.

Rakan-rakan ofis kata, kenapa tak telefon dia orang. Entah, masa tu tak terfikir langsung. Lagi pun aku fikir, aku dah berada dalam kawasan balai. Biarlah polis yang selesaikan. Kalau aku salah, tak apa. Aku terima. Sebab tu aku tak marah pemandu kereta tersebut, mungkin memang aku yang cuba menyebabkan kemalangan. Tapi bukan disengajakan. Cuma sedih jugalah kena maki hamun free...Lagi satu pesanan aku...walau dalam keadaan marah sekali pun, janganlah memaki hamun menggunakan perkataan yang tak sepatutnya. Ke mana hilangnya segala kesopanan dan kesantunan orang Melayu? Kita mendidik anak-anak untuk berbicara dengan perkataan yang baik, tapi kalau kita sendiri tak menggunakannya macam mana kita mengharapkan anak-anak akan berbuat perkara yang sama...



Read more...

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute