Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Friday, July 24, 2009

Perhimpunan Bersama Warga Pendidik


Selasa lepas ana, bersama bos n seorang lagi rakan menghadiri perhimpunan bersama warga pendidik di Putrajaya. Ceritanya berkaitan pemansuhan PPSMI tahun 2012 Taklimat diberi oleh TPM (Tan Sri Muhyidin Yassin). Ana bukan nak bercerita pasal PPSMI...sebab semua org dah bercerita tentang PPSMI. Ana tak pasti kalau semua orang puas hati bila PPSMI dimansuhkan. Tapi kalau nak cerita puas hati, memang tak ada sudahnye...

Kat sini ana nak cerita sikit tentang memartabatkan Bahasa Melayu seperti yang diwar-warkan. Bunyinya memang bagus, tapi ana tak nampak apa yang perlu dilakukan. Betul ke nak martabatkan bahasa Melayu semula???? Yang ana dengar Bahasa Inggeris akan diwajibkan dalam SPM.Bukan ana tak suka bahasa Inggeris. Ana sendiri suka baca buku bahasa Inggeris.

Kalau betul nak baiki bahasa Inggeris anak-anak murid kita, jadikan bahasa Inggeris tu satu matapelajaran yang menyeronokkan. Sekarang ni dengan suasana pembelajaran yang semakin rumit, anak-anak murid kita semakin bertambah penat dan bosan. Ajar mereka bercakap guna bahasa Inggeris. Kita kata kita nak mereka tu cakap dalam bahasa Inggeris kan??? Takkan la nak suruh mereka cakap bahasa Inggeris sampai kene lulus wajib. Sekarang ni mereka semakin takut dengan matapelajaran tu sebab semuanya jadi wajib. Pak menteri kata, takkan la belajar bahasa Inggeris dari tahun 1 sampai tahun 6, dari ting 1 sampai ting 6 tak boleh lulus bahasa Inggeris...ana tersenyum sendiri dengan kata-kata tu.

Sedangkan orang Melayu yang cakap Melayu dari kecik sampai la nak mati...pun tak boleh lulus bahasa Melayu dalam SPM...:) macam mana tu...:) Ana sendiri terkial-kial nak memantapkan bahasa Melayu ana. Degree bahasa Melayu...tapi semakin ana belajar...semakin banyak benda yang ana rasa ana tak tau dalam bahasa Melayu. Dulu masa ana mengajar...rasa macam ana bagus je...ye lah masa tu ajar budak kecik...sekarang ni ana rasa...huh macam tah apa-apa bahasa Melayu ana...

Berbalik kepada memartabatkan bahasa Melayu, apa sebenarnya yang nak dilakukan??? Tak ada apa pun sebenarnya. Tak dengar pun apa yang akan dilakukan. Kalau dulu ada macam-macam slogan sekarang ni tak ada apa-apa pun. Senyap dan sunyi...Martabatkan lah dulu bahasa Melayu...sambil2 tu mantapkan bahasa Inggeris yang tak kurang pentingnya dalam kehidupan global. Begitu juga bahasa-bahasa lain antaranya bahasa Arab dan bahasa Cina.

Read more...

Monday, July 20, 2009

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup

Begitulah juga

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja

Begitulah juga

Jika kamu sedang memiliki seseorang¿. TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU
Mengapa kamu berlengah lagi
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI ¿kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA ¿itu lebih BERMAKNA !

Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang

Read more...

Erti FAMILY

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri,Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, " Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

" Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I)I (L)OVE (Y)OU

Read more...

Sunday, July 19, 2009

Dari Blog Ramleelvis

Ramli realized that when U are on the NET and meet lots of people..there are these 5 things U must take note and be careful always:
1.U are honest and DONT THINK THAT THE PEOPLE U MEET ARE ALSO HONEST..CHK AND RECHK ALWAYS…
2.Dont be too friendly…because the other person wants to fool you..only waiting for the right time..
3.Dont reveal too much of your secrets,,,,some people do not know how to appreciate them..
4.There are Great Freinds around BUT U do not know immediately…need some time to realize..
5.The NET is full of Crooks and Bad Persons..so be careful….good behaviour is the best at all times…
this is Ramli’s thoughts…maybe U have the same thoughts or differ totally…
Have A Great Day..Today is important…because of Today U have Tomorrow..and the Future…
Read more...

Saturday, July 18, 2009

Hikmah Sedekah

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara:
Iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya." (riwayat Bukhari dan Muslim) Firman Allah yang maksud-Nya:
"Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar." (al-Baqarah: 263)
Firman Allah yang bermaksud: "Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa meliputi pengetahuan-Nya." (al-Baqarah: 268)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap makruf itu sedekah, dan orang yang menunjukkan kepada kebaikan seperti orang yang melakukannya, dan Allah mengasihi orang yang membantu orang yang benar-benar memerlukan pertolongan." (riwayat al-Bukhari)
Rasulullah SAW pernah bersabda daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya:"Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menambahkan kemuliaan baginya. Dan sesiapa yang bersikap tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya." (Sahih Muslim)
Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah ibarat sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". (al-Baqarah: 261)

Read more...

Hikmat Ayat Kursi

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." "Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Read more...

One glass of milk

One day, a poor boy who was selling goods from door to door to pay his way through school, found he had only one thin dime left, and he was hungry.He decided he would ask for a meal at the next house. However, he lost his nerve when a lovely young woman opened the door.Instead of a meal he asked for a drink of water! . She thought he looked hungry so brought him a large glass of milk. He drank it so slowly, and then asked, How much do I owe you?"You don't owe me anything," she replied. "Mother has taught us never to accept pay for a kindness."He said ... "Then I thank you from my heart."


As Howard Kelly left that house, he not only felt stronger physically, but his faith in God and man was strong also. He had been ready to give up and quit.Many year's later that same young woman became critically ill. The local doctors were baffled. They finally sent her to the big city, where they called in specialists to study her rare disease.Dr. Howard Kelly was called in for the consultation. When he heard the name of the town she came from, a strange light filled his eyes.
Immediately he rose and went down the hall of the hospital to her room. Dressed in his doctor's gown he went in to see her. He recognized her at once.He went back to the consultation room determined to do his best to save her life. From that day he gave special attention to her case.After a long struggle, the battle was won.Dr. Kelly requested the business office to pass the final bill to him for approval. He looked at it, then wrote something on the edge and the bill was sent to her room. She feared to open it, for sh e was sure it would take the rest of her life to pay for it all.


Finally she looked, and something caught her attention on the side of the bill. She read these words ..."Paid in full with one glas s of milk"(Signed) Dr. Howard Kelly.Tears of joy flooded her eyes as her happy heart prayed: "Thank You,God, that Your love has spread broad through human hearts and hands."There's a saying which goes something like this: Bread cast on the waters comes back to you. The good deed you do today may benefit you or someone you love at the least expected time. If you never see the deed again at least you will have made the world a better place - And, after all, isn't that what life is all about?

Read more...

Keajaiban minda

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mni d deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!
Read more...

Wednesday, July 15, 2009

Lapor diri...

Pertama sekali terimakasih buat saudara Azmin yang sudi singgah ke blog ana. Rasanya blog ana ni tak de lah apa2 sangat berbanding dengan blog saudara Azmin. Blog ana ni cuma catatan harian ana saje. Itu pun kalau ada kesempatan. Nanti ana link blog saudara Azmin ke blog ana..boleh kan.

Pagi tadi, dengan ditemani bos, ana ke PDickson untuk lapor diri. Masih belum dapat menyesuaikan diri dengan jawatan baru. Mungkin belum berpindah sepenuhnya. Bos minta ana tangguhkan dulu perpindahan sebab ada beberapa perkara yang masih belum diselesaikan di tempat ana sekarang.
Semoga semuanya berjalan lancar, insyaallah.

Read more...

Tuesday, July 14, 2009

Surat...

Surat pertukaran ana sampai pagi tadi. Tiba-tiba rasa terkalut pulak. Tah kenapa jadi macam tu. Mungkin mengenangkan tanggungjawab yang perlu ana jalankan nanti. Boleh ke???
Read more...

Sunday, July 12, 2009

Assignment..oh...assignment!!!

Ana sekali lagi dihambat dengan kelewatan menyiapkan assignment. Entah kenapa kali ni makin teruk. Rasa penat...letih...menyebabkan ana kurang tumpuan. Di tambah lagi dengan pelbagai peristiwa yang berlaku. Semuanya menyebabkan tumpuan hilang. Bahan ada, tapi ana langsung tak boleh beri perhatian.

Baik juga semasa kelas tadi tumpuan ana ok je. Kelas En Maarof paling dinanti2kan. Terima kasih dengan semua jawapan dan persoalan yang dikemukakan. Cuma rasa terkilan kerana sikap seseorang...ana tolong dia dgn assignment...tapi dia buat tak tau je bila sampai giliran ana.

Ingatkan dah tolong dia selesaikan masalah, dia pun akan tolong ana jugak...silap...silap... So lepas ni...tak mungkin lagi ana terpedaya dengan sikap orang sebegini.

Read more...

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute