Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Sunday, August 14, 2011

Ziarah Ramadhan....

Hari ke 14 berpuasa...alhamdulillah...walaupun berbuka dan bersahur dengan cara yang paling sederhana tahun ini ( adakalanya cuma dengan 2 biji kurma, jus, air suam sahaja)...aku dapat berpuasa tanpa rasa letih dan lapar.

Mungkin ada yang pelik dengan cara aku...tapi entah kenapa tahun ni, itulah cara aku berbuka dan bersahur. Perut pun rasa selesa bila tak makan terlalu banyak. Bila makan terlebih sikit selepas bersahur, perut terasa semacam je...tekak pulak terasa mual...Tapi sesekali bila berbuka puasa diluar, aku makan juga makanan berat. Cuma tak terlalu banyak.



Semalam (Sabtu, 13 Ogos) menziarahi Tn Haji Zain (KPP BTPN Kedah) di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar. Aku pergi bertiga...kalau difikirkan agak giler jugalah....pergi balik Alor Setar dalam jangkamasa 1 hari je...bertolak pukul 7 lebih...sampai rumah pukul 12.30 malam. Tapi sebab bergilir-gilir 'drive'...boleh jugalah.

Perjalanan pergi agak cepat sebab cuaca ok (5 jam). Kawan aku (Junaidi) kata giler...Sebenarnya dah lama tak 'drive' macam tu...Perjalanan balik agak lambat sebab hujan. Hah...aku kene 'drive' slow skit...:D

Sempat singgah di Pekan Rabu dan Stadium Darul Aman Alor Setar. Tak rancang pun nak pegi ke dua-dua tempat tu.




Apa pun aku puashati dapat ziarah Tn Hj Zain. Walaupun tak selalu jumpa beliau, tapi air mukanya yang sentiasa 'cool' buat aku teringat kepada dua orang ustaz (Utz Mahmud (allahyarham) & Utz Ibrahim - dah lama tak dengar khabar beliau) semasa mengajar di Felda Maokil. Kedua-duanya GPK 1 dan GPK HEM sekolah lama aku tu. Sesekali ada peluang ke sana, aku pergi ziarah kedua-duanya. Cuma sebelum allahyarham Utz Mahmud meninggal, aku ada teringat kat beliau...tapi waktu tu aku bertangguh-tangguh nak telefon dan tanya khabar. Selang 2 hari berikutnya, kawan aku beritau, ustaz dah meninggal kerana diabetes. Sedihnya aku waktu tu...

Mudah-mudahan Tn Hj Zain cepat sembuh dan dapat bertugas seperti sedia kala. Insyaallah...


0 comments:

Post a Comment

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute