Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Saturday, May 16, 2015

Pelupusan buku perpustakaan

Yang pertama  saya nak sampaikan, jika ada kesilapan fakta...mohon betulkan  saya. InsyaAllah  saya akan bertanya dengan mereka yang mahir dalam  bidang  tersebut  dan berikan jawapannya  kepada anda. Berbalik kepada pelupusan  buku perpustakaan:


1. Jika tuan/puan ada membuat permohonan  pelupusan  dengan pihak Arkib  Negara, buku-buku yg hendak  dilupuskan  itu adalah  buku-buku yg rosak, koyak, buku yang masih ada nilai  sejarah  dan perlu disimpan  oleh Arkib  Negara  kerana  tiada ruang penyimpanan,  sekolah  banyak  terima  buku-buku baru dan tidak cukup rak untuk  meletakkan buku-buku tersebut. Selepas permohonan  diluluskan oleh  pihak  Arkib  Negara, pelupusan  boleh dijalankan dan laporan dihantar  ke Arkib Negara. Satu salinan laporan dihantar  ke btp negeri masing2, juga pkg sekolah2  ahli.

2. Jika  buku-buku masih elok tetapi hendak dikeluarkan  atau diturunkan  dari atas  rak  kerana  tidak  cukup  ruang, buku2  tersebut  boleh  dilupuskan  dengan  dua  cara  :  
i.  Pelupusan  setara - bermaksud buku2  ini dihadiahkan  kepada  perpustakaan sekolah2  yg memerlukan buku2  tersebut. Walaupun buku2  tersebut  dipindahkan  ke  sekolah  luar ke negeri lain, tetap  dinamakan  perpindahan  setara. Gpm perlu mohon dalam  mesyuarat  pengurusan  sekolah, nyatakan  sebab dan jumlah  buku  yang  hendak  dilupuskan dan bagaimana buku tersebut  dilupuskan. Jika pentadbir telah  memberi kelulusan barulah  pelupusan  boleh  dijalankan. Nyatakan  secara jelas  dalam tajuk surat, jenis pelupusan yg dijalankan. 

ii.  Pelupusan secara hadiah - ini berlaku  jika tuan  /puan ingin menghadiahkan  buku-buku tersebut luar dari organisasi. Contohnya  surau, ngo, pibg, perpustakaan taman perumahan dsbnya. Cara permohonan  sama seperti  pelupusan  setara. Bezanya dlm surat  iringan, nyatakan secara  jelas buku2  yg dihadiahkan  adalah  secara pelupusan secara  hadiah. 

Setelah  selesai proses pelupusan, tulis dlm buku stok buku2  tersebut  telah dilupuskan  secara bagaimana. Saya dimaklumkan sepatutnya  buku2  perpustakaan  sekolah  yg diterima daripada  btp, pembelian  pcg atau diterima  dari mana2 organisasi  perlu  dimasukkan  ke  dalam  kew  pes  4  dahulu. Setelah  itu baru dikeluarkan  dan  diberi  kepada  mereka  yang menguruskan  buku2  tersebut untuk  dimasukkan  ke  dalam  buku stok. 

Arahan ini adalah  dari bahagian pengurusan  kewangan. Walau bagaimanapun  saya akan cuba  dapatkan  maklumat  lanjut dari mereka yang mahir dalam  bidang  ini. InsyaAllah. Jika  ada persoalan boleh kemukakan dan saya akan cuba menjawab  soalan  anda. Jika saya sendiri  tidak  pasti...saya cuba menjawab  soalan  anda kemudian  setelah  mendapat  jawapan  yang  sebenarnya.

1 comments:

IBU PUSPITA said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute