Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Thursday, March 24, 2011

Kerenah Birokrasi...

Lebih seminggu tak update blog...nak bercerita ttg kerenah birokrasi hospital kerajaan...tapi mata ni mengantuk sangat pulak...

Siang tadi aku terbaca satu artikel dalam Mastika terbitan Januari 2011. Aku tertarik dengan artikel tentang kerenah birokrasi di hospital kerajaan. Seperti yang diceritakan dalam artikel tu...aku sendiri pernah mengalami beberapa kali. Rasanya ramai juga yang pernah alami situasi ni...

Walaupun tak seteruk mana, tapi menyakitkan hati jugalah dengan jawapan dan layanan yang diberikan. Kisah pertama berlaku dalam tahun 1990an...aku dah lupa tarikh yang tepat...waktu aku membawa murid ke sebuah klinik kesihatan sewaktu bertugas di Johor. Sekolah menjalankan aktiviti perkhemahan...kebetulan ada murid yang kurang sihat. Aku pun bawa murid ni ke sebuah klinik kesihatan. Sampai je ke klinik...aku ni kononnya nak bawalah murid untuk berjumpa doktor. Tapi aku dapati klinik tutup...kebetulah aku terjumpa seorang jururawat bertugas. Katanya...hari ni doktor tak buat rawatan. Ada ceramah kesihatan diklinik kesihatan tersebut. Ok lah...aku pun tak kisah sangat sebenarnya.

Yang jadi sakit hati bila jawapan dari jururawat bila aku tanya, kalau ada yang sakit pada hari sabtu atau ahad macamana? Jawapan jururawat tu...katanya pergilah ke klinik swasta!!!Kalau setakat nak beri jawapan macam tu...aku pun pandai...!!!

Kisah yang kedua masa aku buat pemeriksaan kesihatan untuk ke ITM (1986)...kisah ni berlaku di salah sebuah hospital di tempat aku sendiri...Mak aku pernah beritau, jururawat kat hospital ni double standard...kalau pesakit kerja kerajaan, layanan memang ok. Tapi kalau orang kampung, layanan, sambil lewa je. Kalau panggil nama...pakai jerit je...kalau pesakit tak dengar...mula la perli macam-macam....Mulanya tak percaya...tapi bila berlaku depan mata...baru aku percaya....

Dari awal aku daftar...ada sorang jururawat bertugas bukan main garang lagi memanggil pesakit bila tiba giliran berjumpa doktor. Baik dengan yang muda...sampai la kepada pesakit yang tua...aku memandang dengan sakit hati. Dalam hati aku berkata2...jururawat ni tak tau nak beradab sopan ke dengan orang tua? Bukan nak layan macam raja...tapi sepatutnya ada lah jugak rasa hormat.

Sampai je giliran aku...jururawat panggil nama aku dengan suara yang agak lembut. Rasa pelik jugak. Sebelumnya garang betul. Dia layan aku baik je sampai masuk ke bilik doktor. Dari x-ray... rupanya jantung aku besar sebelah...patutla jururawat tu panggil aku baik je...agaknya dia takut nanti aku terperanjat dan jatuh tergolek depan mata dia...Rasa nak gelak je tengok muka jururawat tu...sebab aku bukannya pesakit jantung ...dah memang dari kecik jantung aku macam tu...mak aku cakap ler...sebab ikut sejarahnya...saiz jantung mak pun macam tu jugak...

Kisah yang ketiga berlaku kat hospital yang sama jugak...mak tak berapa sihat...so aku daftarkan masuk wad...lupa bawa GL...pun aku tak berapa nak kisah. Sebab aku lebih suka mak duduk wad kelas 3...nanti dia ada kawan berbual. Tak la bosan sangat. Ingatkan dah masuk tahun 2004...tak ada lagi kisah double standard ni macam kisah aku kat atas tu. Rupanya salah tanggapan juga. Besoknya selepas habis mengajar...aku terus melawat mak kat hospital. Sakitnya hati tuhan je yang tau...aku tengok mak tak terurus langsung...diaper mak terbuka...tu pun tak lagi...bila aku nak ganti diaper mak...aku tgk...aduhhh....

Hati rasa marah....tapi tak pe lah...tu mak aku...kalau orang tak mau uruskan...aku anaknya boleh buat...aku cepat-cepat cari jururawat...aku minta baju bersih...cadar bersih...jururawat yang ada buat muka selamba je tunjuk mana nak ambil cadar dan baju bersih. Katanya...dia dah bersihkan mak tadi. Kalau la dah bersihkan...takkan la kering mcm tu je kat baju mak aku...kering tu maknanya dah lama...

Ikutkan hati, memang nak marah. Tapi diam je lah...dah siap bersihkan mak...aku beri GL pada jururawat tadi. Muka pun tiba-tiba dah tukar semacam...kalau tadi muka sambil lewa...tengok GL baru nak buat-buat sibuk...ishkkk...

Esoknya bila aku datang sekali lagi...mak pun dah di tukar ke kelas wad 2...layanan pun ok je...macam tu rupanya...kalau lah aku ni keje swasta...tak ada GL...macamana agaknya layanan kat mak hari ketiganya? Agaknya sama jugak lah macam semalam juga...


Admin :

Malaysia mensasarkan mencapai tahap negara maju tahun 2020. Tapi kalau minda tahun 2004 atau 2011 sama seperti minda tahun 1986...macamana lah negara kita nak mencapai negara maju...


0 comments:

Post a Comment

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute