Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Tuesday, March 1, 2011

Macamana nak jadi pengacara majlis yang baik? Berani jawab ke ni? :D

Segan pulak bila ada yang bertanya macamana nak jadi pengacara majlis yang baik. Rasanya ramai lagi orang yang lebih berpengalaman untuk menjawab soalan tersebut. Apa yang ada dalam blog ni, cuma skrip pengacaraan yang saya muat naik selepas selesai majlis. Bukannya apa, saje nak berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana yang mungkin tercari-cari contoh skrip pengacaraan.

Asalnya sebab susah nak dapatkan contoh skrip mengacara majlis. Semuanya bermula bila menjadi bidan terjun. Kalau diikutkan, lama dah terlibat dalam pengacaraan. Tapi cuma majlis kecik kat sekolah je...Itu pun tanpa skrip...dulu saya tak tahu pun sebenarnya kita boleh menyediakan skrip bila nak mengacarakan majlis. Istilah kasarnya...belasah je lah bila tiba masa mengacara. Tengok aturcara, tengok siapa yang datang. Lepas tu cakap la terus...kalau nak reka ayat pun masa tu jugak...

Oleh sebab kene mengacara majlis yang agak besar sikit, mulalah gelabah mencari -cari cara yang betul untuk mengacara majlis. Mujur ada rakan yang memang biasa mengacarakan majlis-majlis peringkat negeri dan kebangsaan, memberikan skrip pengacaraan majlis. Mula dari majlis tu, sampai la sekarang, sesekali diberi kepercayaan untuk mengacara.

Soalannya macamana nak jadi pengacara yang baik? Nak jawab macamana...sebab saya pun tak tau nak jawab...tapi kalau ikut pengalaman yang tak seberapa ni, kene perihatin dengan acara. Terutama bab protokol...takut tersilap sebut gelaran, nama VVIP yang hadir..kene rajin tanya kat 'floor manager', tak pun tanya la sesiapa yang mahir tentang susunan protokol.

Kalau pengacara amatur macam saya ni, sebelum mengacara, saya selalu baca kuat dulu skrip yang saya buat. Jadi masa baca kuat tu, kita boleh tau kat mana ada silap dalam skrip. Bagi kawan-kawan dengar dan buat komen. Jadi kalau ada kesilapan, boleh dibetulkan sebelum majlis sebenar.

Kebiasaannya kalau tiba hari mengacara yang sebenarnya, saya sentiasa bawa laptop dan printer bersama-sama saya. Jadi kalau ada perubahan, saya boleh betulkan dan terus cetak. Mungkin tak praktikal bagi orang lain, tapi itulah yang saya buat. Sebab saya tak suka conteng kertas pengacaraan saya. Sebab takut tersilap sebut.

Lebih baik lagi, sebelum acara berlangsung, beri dulu kepada pentadbir untuk buat semakan ayat dan susunan protokol. Kalau dah bersedia dengan skrip, bincang dengan 'floor manager' atau pentadbir, untuk buat 'rehearsal'. Sekurang-kurangnya sekali. Kalau masih ada kesilapan, ada la peluang untuk betulkan.

Lagi satu...hati-hati dengan susunan penerima hadiah atau anugerah. Bab paling sensitif dalam mana-mana majlis kalau berlaku kesilapan. Saya dah pernah alami sekali. Rasa macam nak pengsan masa tu...muka terasa panas bila rakan pengacara beritau saya tersilap sebut nama penerima. Ikutkan rasa, saya dah tak mau lagi jadi pengacara selepas buat kesilapan macam tu. Kawan-kawan kata, itu perkara biasa. Kesilapan akan berlaku kat mana-mana. Walaupun dianggap satu yang biasa, tapi pada saya kesilapan tersebut tak sepatutnya berlaku. Sampai sekarang, ngerinya masih terasa...buat saya sentiasa berhati-hati dengan nama penerima hadiah atau anugerah.

Gemuruh??? memang sentiasa dirasai setiap kali sebelum memulakan majlis...walaupun dah banyak kali mengacara, perasaan gemuruh memang tak boleh hilang. Dah mula...baru rasa ok. Paling lega bila majlis selesai dan semuanya mengikut yang dirahttp://www.blogger.com/img/blank.gifncang.

Rasanya itu saja kot apa yang nak saya kongsikan dengan rakan-rakan pengacara kat luar sana. Lagi elok kalau beli buku yang ditulis oleh beberapa pengacara berpengalaman. Saya sendiri ada dua buah buku tentang mengacara majlis. Di samping tu, pandangan dari kawan-kawan, walaupun bunyinya agak negatif...kena ambil kira juga. Sebab dari yang negatif, kita dapat baiki lagi skrip pengacaraan.

Terima kasih pada (Ayu - PKG Mantin) , Puan Lucia (BTPKPM) yang banyak beri panduan, juga Mr Kayze yang selalu semak susunan protokol dan ayat dalam skrip saya...terima kasih banyak.

Skrip Pengacara

0 comments:

Post a Comment

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute