Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Sunday, March 6, 2011

Nama-nama Kampung yang Unik dan Pelik

Kg Kelawar

Asalnya terbaca mengenai Kg Kelawar di Tg Malim, Perak dalam Harian Metro yang mengambil nama sempena ribuan kelawar ketika kampung tersebut mula-mula dibuka. Kampung ini terletak kira-kira enam kilometer dari pekan Tanjung Malim, kampung berkenaan boleh dilawati dengan menyusuri laluan jalan lama sama ada dari Tanjung Malim iaitu kira-kira 5.5 kilometer dari pekan Behrang Stesen. Dipercayai dibuka lebih awal sekitar penghujung abad ke-18 oleh seorang lelaki dikenali sebagai Datuk Nan Kaya yang datang merantau dari Indonesia bersama keluarganya.

Felda New Zealand

Pernah dengar Felda New Zealand? Aku memang tau felda ni terletak di Negeri Pahang. Tapi bagi yang tak biasa dan tak pernah dengar...boleh keliru gak. Pernah terjadi kisah lucu bila ada yang salah faham. Masa aku bertugas di salah sebuah felda di Johor dulu, adalah seorang ustaz baru mendaftarkan diri sebagai guru sementara di sekolah aku.

Adalah seorang kakak 'cleaner' di sekolah aku ni yang rajin sangat nak berkenalan. Agaknya dia dah buat temu ramah kot dengan ustaz tu. Bila dia dengar je ustaz tu sebut New Zealand apa lagi...kakak ni pun teruja sangatlah beritau aku. Masa tu aku belum pun jumpa dengan ustaz tu lagi. Mulanya percaya jugak lah...tapi akhirnya aku terfikir...pasal apa ustaz ni bersusah payah dari New Zealand datang ke Malaysia nak jadi guru agama sementara...masa tu gaji guru sementara bukannya tinggi...lagi la kat dalam felda yang masa tu tak ada apa-apa kemudahan langsung.

Nak puaskan hati, aku pun pegi lah jumpa ustaz tu, buat temu ramah sikit. Warna kulit ustaz tu agak cerah ler dari kita orang yang lain ni. Bila tau cerita sebenar, rasa nak tergolek-golek sebab kelakar sangat. Aku beritau kakak 'cleaner' tu yg ustaz tu datang dari Felda New Zealand, Pahang. Bukan dari New Zealand macam yang dia sangka tu. Kakak 'cleaner' tu tersipu-sipu malu bila tau cerita sebenar...:) Ye lah...kalau Mat Saleh...ada la peluang belajar cakap Inggeris agaknya...rupanya Mat Saleh Malaya...

Kg Imam Lapar

Ingat kartunis Ujang...dia pernah menyenaraikan nama-nama kampung pelik di Terengganu. Ingatkan cuma lawak dia je...rupanya betul...pernah dengar nama kampung ni...Kg Imam Lapar?
Yang pasti, kampung tu memang wujud. Terletak di Mukim Telemong Terengganu. Bermula dengan kisah dua pedagang.

Mereka menaiki perahu dari muka Kuala Sungai Telemong menyusuri sungai itu untuk mudik ke hulu dengan membawa barangan seperti beras dan ikan masin untuk dijual kepada penduduk kampung di sepanjang tebing sungai itu. Setibanya di kampung itu yang ketika itu tiada nama, mereka berdua singgah di Pengkalan Rengas Sembilan dan menaiki tebing untuk mencari makanan kerana lapar.

“Pedagang itu ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan untuk mencari rumah bagi mendapatkan makanan dan api, tetapi mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran.
“Mereka dikatakan sempat menyatakan kepada imam bahawa mereka lapar sebelum beredar kembali menaiki perahu menyusuri sungai itu. Mungkin imam tidak sedar ada orang datang dan memberitahu imam, dia lapar kerana khusyuk membaca al-Quran ketika itu,” katanya.

Bagaimanapun, akibat terlalu lapar, dua pedagang itu dikatakan singgah pula di satu lagi jeti dan ke surau yang terbukti surau sama. Imam itu masih lagi menghafaz al-Quran, lalu mereka terus beredar.

“Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran.

Kg Nasi Dingin

Kata orang ini ada berkaitan dengan Kampung Imam lapar.Hidangan yang bakal dihantar ketempat membuat WAKAF tersebut disediakan disini.Oleh kerana gotong royong siap tetapi orang kampung dah pulang ke rumah masing2 jadi nasi ini tak disentuh dan menjadi dingin.


0 comments:

Post a Comment

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute