Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Wednesday, May 11, 2011

Sukan pelik orang Britain


SETIAP tahun, Britain menjadi tuan rumah kepada sekumpulan sukan yang pelik-pelik seperti bersnorkel di dalam paya gambut dan mengejar bola keju.

Di sebalik populariti sukan bola sepak dan ragbi, masih ramai rakyat Ratu Elizabeth II yang menggemari aktiviti seperti tembak kacang, pikul isteri dan melempar puding hitam.

Begitu juga pertandingan makan daun netel, membuat wajah hodoh, bergusti sebelah kaki dan mengutip cacing.

Britain yang baru sahaja menyaksikan perkahwinan gilang-gemilang Putera William dan Kate Middleton menganjurkan sekurang-kurangnya 20 acara sukan yang bersifat eksentrik tetapi berjaya meraih minat penggemarnya dari seluruh dunia.

Keju

Sesetengah sukan seperti pertandingan mengejar keju yang bergolek menuruni bukit di Gloucestershire, England sudah bermula sejak abad ke-13 lagi.

Lebih 4,000 penonton termasuk pelancong asing datang ke Bukit Coopers, bukit yang terkenal di daerah itu pada minggu terakhir bulan Mei setiap tahun.

Berpuluh-puluh lelaki dan wanita akan bergolek dan meluncur ke bawah bukit itu dalam usaha mengejar seketul keju seberat 3.6 kilogram yang dikenali sebagai Double Gloucester.

Acara bermula dengan peserta bersedia di atas bukit setinggi 300 meter itu dengan seorang pengacara majlis yang berpakaian serba putih serta kot dan tarbus.

Sebaik sahaja pengacara itu mengira sehingga tiga, keju itu akan dilontar ke bawah dan diikuti tubuh manusia berterbangan.

Ada yang menjunam kepala dahulu, berguling ke tepi dan pelbagai aksi lain semata-mata untuk mengejar keju itu.


Tangan dan kaki terseliuh, serta lebam dan luka pada bahagian kepala adalah antara kecederaan yang biasa dialami. Ada juga peserta yang patah kaki dan tangan.

Pertandingan berenang di dalam paya pula telah menarik peserta dari sejauh Australia.

Paya

Pada bulan Ogos nanti, lebih 200 peserta akan menyertai Kejohanan Snorkel Paya Dunia yang sudah bermula sejak tahun 1985. Mereka akan berenang sejauh 100 meter di kawasan paya gambut di Llanwrtyd Wells, Wales.

Namun, gaya renangan biasa tidak dibenarkan. Sebaliknya mereka diminta melepasinya dengan bersnorkel.

Pasangan Kez Mercel dan Tigger Webb sanggup terbang dari Australia setiap tahun untuk menyertainya acara yang menyeronokkan itu.

“Paya itu penuh dengan rumput-rampai yang reput dan bercampur dengan air hitam paya yang berasid,” kata mereka seperti dipetik BBC.

Namun, tentulah ada sesuatu yang menyebabkan mereka ingin kembali lagi ke paya itu - keseronokannya.

“Negara kami Australia memiliki pantai tercantik di dunia iaitu di Gold Coast. Tetapi kami sanggup menempuh perjalanan separuh dunia untuk berenang di dalam paya di Britain,” tambah mereka.

Mereka yang tidak menyukai lumpur boleh mencuba sukan yang dianggap luar biasa, dinamakan Pesta Ketam Egremont di Cumbria, England.

Semasa pesta itu, pelbagai acara dipertandingkan meliputi menghisap rokok paip paling laju, memanjat tiang licin dan gurning iaitu pertandingan mengherotkan wajah. Wajah siapa paling hodoh akan dikira sebagai pemenang.

Gurning yang disertai lebih 100 peserta setiap tahun dicatat dalam Rekod Dunia Guinness. Seorang lelaki dari Cumbria, Tommy Mattinson paling banyak memenangi perlawanan itu iaitu 11 kali.

Acara sepak keting pula tidak kurang popularnya. Ia kedengaran menyakitkan tetapi pad penahan boleh diletakkan pada kaki sebelum perlawanan.

Dalam perlawanan itu, peserta akan memegang antara satu sama lain sebelum masing-masing menendang keting pihak lawan hingga terjatuh.

Clive Thompson, naib presiden sukan itu percaya usia sukan itu yang menjangkau 300 tahun adalah tarikannya.

0 comments:

Post a Comment

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute