Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Saturday, January 28, 2012

Janin dalam pepsi?? Pepsi sangkal dakwaan guna janin dalam produk

Macam-macam lah sekarang ni...betul ke berita yang dipaparkan dalam Metro hari ni...kalau dah dalam air pun nak letak janin...baru rumors katanya...tapi mungkin juga betul...sekarang ni apa-apa je saintis boleh buat...hish...jawabnya hati-hatilah bila memilih minuman...tak pun tak payah minum terus...


CHICAGO: Senator dari Oklahoma, Ralph Shortey semalam mencadangkan undang-undang untuk mengharamkan sebarang penggunaan janin dalam makanan.

Rang undang-undang itu dikemukakan selepas khabar angin tersebar menerusi Internet, mendakwa syarikat minuman ringan, Pepsi, menggunakan janin dalam produknya.


PepsiCo menafikannya dan menyifatkan khabar angin itu sebagai palsu.

“PepsiCo tidak pernah menjalankan atau membiayai kajian yang menggunakan sebarang tisu manusia atau sel yang diperoleh daripada janin,” kata jurucakapnya, Peter land.


Khabar angin itu bermula ekoran permohonan paten daripada satu pembekal Pepsi yang memetik penggunaan sel HEK293 dalam proses kajian bagi satu penguji-rasa tiruan.


HEK293 diperoleh daripada janin yang digugurkan dan ia banyak digunakan dalam kajian bioteknologi.


Sumber : Metro online

0 comments:

Post a Comment

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute