Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Friday, January 27, 2012

Tazkirah Jumaat

Hari ni hari jumaat kan...bukan untuk tazkirah sesiapa...tapi untuk diri sendiri je...sambil tu cuba nak kongsi dengan orang lain kat luar sana...baca lah ye...


1. Semua yang tutup aurat, pasti masuk syurga ke?


Setiap umat Islam perlu beramal di sepanjang hayatnya kerana tiada seorang pun yang pasti dirinya akan memasuki syurga. Namun

apa yang pasti, tidak menutup aurat, neraka menantinya.


Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka

kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah

dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".


2. Tudung labuh pun bukan baik sangat, buat dosa jugak, mengumpat orang, maksiat & sebagainya.


Bila Iblis tidak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Kenapa pula aku perlu

sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Yang bertudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak semestinya baik..."


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.

Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Dakwah itu

satu tuntutan Islam. Selagi kamu Islam, dakwah tu diwajibkan walaupun kamu sendiri tidak sempurna. Sekurang-kurangnya, yang

menegur itu telah insaf dan bertaubat.


4. Walaupun kami berpakai seksi, tapi hati kami baik.


Adakah kamu mendakwa diri kamu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan ia sudah cukup menjamin maruah diri kamu tanpa perlu menutup aurat dan kembali ke jalan Allah S.W.T?


5. Pakaian jarang @ ketat, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.


Adakah kamu menjamin bahawa semua "Lekaki Ajnabi" mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta

nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa pakaian kami tidak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

Seksi atau tidak, kamu tetap berdosa walaupun hanya mendedahkan sehelai rambut @ bentuk tubuh kamu.


7. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan berpuasa.


Adakah kamu yakin bahawa seorang wanita Islam dijaminkan syurga dengan hanya bersolat 5 waktu dan berpuasa? Bagaimana dengan

tuntutan Islam yang lain?


Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (Riwayat Muslim).

8. Suka hati kamilah nak berpakaian macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

  • Kamu salah, sebenarnya kamu telah menyusahkan ibu-bapa kamu, abang-abang kamu, adik-adik kamu, suami kamu serta orang lain, dengan menarik mereka ke neraka bersama kamu disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kamu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang" (Al-Ahzab: 59)

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

  • Adakah ini jawapan yang akan kamu berikan pada Mungkar dan Nangkir sewaktu disoal mengenai segala perintah Allah S.W.T nanti?

Firman Allah S.W.T yang bermaksud; Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina." (An-Nisa:14)

10. Kami berpakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer @ pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene demi mencari rezeki yang halal.

  • Kamu telah meletakkan arahan-arahan mereka itu lebih tinggi berbanding perintah Allah S.W.T. Adakah mencari rezeki dengan mengengkari perintah Allah S.W.T itu adalah sesuatu yang halal di sisi Islam?

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.” (Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani)

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

  • Berdoalah supaya seruan keinsafan itu datang sebelum tibanya Izrail.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “...dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Al-'Imran: 135)

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la...

  • Sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawa makhluk-makhluk dunia, ianya akan turun ke dunia bersama-sama dengan dua kumpulan malaikat iaitu malaikat Rahmat dan malaikat Azab. Kumpulan manakah yang akan kamu pohon untuk diperlahankan...?

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”. (Al-A‘raaf: 26)

13. Menutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tiada keikhlasan melakukannya.

  • Inilah punca sebenar kerosakan di dalam Islam, keikhlasan beragama Islam telah dititikberatkan mengatasi seruan Islam itu sendiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Aku. Rahmat-Ku sudah mendahului kemurkaan-Ku. Barang sesiapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya, nescaya ia berhak mendapat syurga.” (Riwayat Al-Daimali)

FAHAMAN SONGSANG WANITA MENGENAI AURAT

Fahaman Pertama:

  • Menutup aurat itu adalah dengan memakai tudung sahaja.

Fahaman Kedua:

  • Bertudung tetapi berbaju lengan pendek.

Fahaman Ketiga:

  • Bertudung tetapi berbaju kebarung yang terbelah kainnya.

Fahaman Keempat:

  • Bertudung tetapi baju sendat, sempit dan nipis sehingga memaparkan bentuk tubuh yang menggoda.

Fahaman Kelima:

  • Bertudung tetapi amat longgar sehingga menampakkan jambul atau hujung rambutnya.

Fahaman Keenam:

  • Bertudung tetapi hanya di pejabat. Tidak bertudung di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

Fahaman Ketujuh:

  • Bertudung tetapi tudungnya diselitkan ke belakang leher sehingga mendedahkan bentuk dadanya.

Fahaman Kelapan:

  • Bertudung tetapi dengan kain tudungnya yang nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, dan dadanya.

RENUNGAN KAUM LELAKI

Islam mengangkat martabat kaum wanita di tempat yang tinggi yang selayaknya mengikut fitrah kejadian dan penciptaan mereka oleh Allah SWT. Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa disisi seorang lelaki. Tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu Allah mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat (4) golongan wanita iaitu isteri, ibu, anak perempuan dan saudara perempuan. Oleh hal yang demikian, jagalah dan hargailah wanita sebaik-baiknya supaya kelak kita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

Marilah kita sama-sama bertaubat sementara masih belum terlambat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah: 222)

0 comments:

Post a Comment

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute