Seorang jurucakap polis di sini, Rikwanto memberitahu, perbuatan sabotaj itu sudah berlaku selama bertahun-tahun.
"Mereka dicaj dua kali ganda lebih tinggi daripada harga biasa," tambah Rikwanto.
Menurutnya lagi, mekanik dan penukar tayar terbabit memperoleh pendapatan harian sekitar AS$22 (RM66.90), amat lumayan di Indonesia kerana hampir separuh daripada 240 juta rakyatnya bergaji kurang AS$2 (RM6) sehari.
Seorang pemilik bengkel, Darmito, 57, memulakan perniagaan menukar tayar di tepi sebatang jalan raya di sini dua bulan lalu untuk memenuhi permintaan tinggi daripada pelanggan.
Namun, katanya, dia tidak tahu tentang sindiket atau pihak yang melakukan kegiatan tersebut.
Pada bulan lalu, polis menangkap lapan orang yang disyaki melakukan jenayah berkenaan.
Sumber artikel : Kosmo online
0 comments:
Post a Comment