Remaja adakan parti selepas belasah ibu bapa hingga mati...
MIAMI: Seorang remaja berusia 17 tahun secara kejam dan tanpa belas ihsan membunuh ibu bapanya sebelum mengadakan parti, sedangkan mayat orang tuanya masih berada di dalam bilik tidur kediaman itu, kata polis, semalam.
Tyler Hadley dari Port St Lucie, Florida, didakwa membelasah ibunya, Mary Jo, seorang guru dan bapa, Blake hingga mati dengan tukul besi yang ditemui berhampiran mayat kedua-duanya.
Remaja itu dikatakan membunuh ibu bapanya sebelum menganjurkan parti untuk 40 hingga 60 tetamu malam Ahad lalu selepas menghantar undangan di laman Facebook.
Parti itu bermula kira-kira jam 9 malam dan berlanjutan hingga jam 3 pagi. Polis tiba di kediaman ala ladang itu keesokannya selepas mendapat maklumat. Menurut polis, Hadley kelihatan gugup dan cemas dan terdapat tin bir berserakan di luar kediamannya.
Pada awalnya, dia memberitahu polis ibu bapanya berada di luar bandar. Polis kemudian menemui mayat ibu dan bapa remaja berkenaan di dalam bilik tidur utama di mana pintunya berkunci. Motif pembunuhan itu belum dapat dipastikan tetapi seorang penduduk berkata, dia mendengar ibu bapa Hadley enggan membenarkan remaja itu mengadakan parti.
Sumber artikel : Metro Online
0 comments:
Post a Comment