Hari ni cuba lari sekejap dari bercerita tentang 'gadget' dan juga perkara-perkara unik. Saya ingin berkongsi artikel berkaitan dengan masalah kesihatan yang mungkin dihadapi oleh rakan-rakan di luar sana...
KANSER kolon berlaku di usus besar (kolon) atau bahagian akhir usus besar (rektum) yang berfungsi menghadamkan makanan serta pembuangan sisa. Ia penyakit pembunuh nombor satu lelaki di Malaysia serta kanser ketiga paling kerap menyerang penduduk negara ini yang menjadi penyebab kematian.
Kanser ketiga tertinggi dihidapi penduduk dunia juga menyebabkan lebih setengah juta orang meninggal dunia.
Etnik Cina mencatat kadar kes kanser kolon paling tinggi mendahului kaum India dan Melayu. Punca sebenar kanser ini tidak diketahui, tetapi pelbagai faktor memainkan peranan. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol dan amalan diet seperti kurangnya pengambilan makanan berserat serta obesiti.
Perunding Gastroenterologi Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Tan Soon Seng berkata, kanser kolon meningkat dengan cepat. Mereka yang mengamalkan diet tinggi kandungan lemak, terutama lemak haiwan, burger serta gemar makanan dibakar seperti sate dan barbeku berisiko tinggi mendapat kanser kolon.
Menurutnya, kebanyakan kanser kolon bermula dengan kewujudan polip (ketumbuhan) di dalam kolon atau rektum. Polip membesar daripada sekecil kepala pin sehingga sebesar bola golf.
“Segelintir polip tidak berbahaya manakala yang lain cenderung menjadi lebih teruk dan membahayakan. Polip mengambil masa enam hingga lapan tahun untuk menjadi kanser. Polip boleh dibuang sebelum menjadi kanser.
“Sesiapa pun boleh mendapat kanser kolon tanpa mengira jantina. Penyakit ini sering berlaku di kalangan mereka yang berusia 50 tahun ke atas dan risiko meningkat dengan pertambahan umur. Jika ia dapat dikesan lebih awal, pencegahan dapat dilakukan, sekali gus meningkatkan meningkatkan peluang pesakit untuk sembuh atau memanjangkan jangka hayat mereka,” katanya.
Beliau berkata, kanser kolon terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama, ketumbuhan yang bermula di bahagian dalam kolon atau rektum, tahap kedua, ia merebak menembusi dinding usus dan rektum, tahap ketiga, merebak menghampiri nodus limfa dan tahap keempat, kanser terus merebak ke bahagian lain tubuh seperti hati dan paru-paru.
Peringkat perkembangan kanser kolon dan peratusan peluang bertahan hidup lima tahun
A) ketumbuhan cuma di dinding usus — 95 hingga 100 peratus
B) ketumbuhan menembusi dinding usus — 65 hingga 75 peratus
C) merebak menyebabkan bengkak limfa — 30 hingga 40 peratus
D) merebak ke bahagian lain — kurang lima peratus
Golongan berisiko tinggi:
1) Anda atau ahli keluarga mempunyai polip kolorektal atau kanser kolorektal
2) Rasa sakit ketika membuang air besar seperti inflamasi kolon (yang menyebabkan cirit-birit, kadangkala dengan mukus berdarah dan kesakitan abdomen di bahagian bawah) atau penyakit crohn’s (menyebabkan penyekatan separa usus dan kesakitan dan cirit-birit) dalam beberapa tahun
3) Mempunyai sindrom genetik seperti familial adenomatous polyposis (FAP) atau hereditary nonpolyposis colorektal cancer (HNCC)
Simptom
1) Pendarahan rektal
2) Cirit-birit atau sembelit atau berselang-seli
3) Najis berwarna hitam atau najis berdarah
4) Sakit pada abdomen
5) Turun berat badan
6) Anemia (kurang darah)
Penyebab
1) Pengambilan makanan tinggi kandungan lemak dan rendah serat
l banyak berlaku di negara Barat
l kurang berlaku di Timur Jauh
l amalan ini meningkat di negara membangun
2) Merokok dan mengambil alkohol
3) Obesiti
l risiko untuk wanita obes mendapat kanser kolon lebih tinggi 50 peratus berbanding wanita dengan berat badan normal
l risiko untuk lelaki obes pula ialah 80 peratus
4) Kurang melakukan aktiviti fizikal
Tiga daripada setiap 100 orang mendapat penyakit ini disebabkan faktor keturunan. Kira-kira 50 peratus boleh bertahan hidup lima tahun selepas mengalami kanser kolon. Pesakit yang ada simptom penyakit ini perlu melakukan pemeriksaan seperti kolonoscopi atau barium enema.
Diagnosis kanser kolon
cara pemeriksaan terbaik
sensitif dan ujian tepat
diagnosis tisu dan pilihan terapi
mahal
Anda disyorkan melakukan kolonoskopi jika:
pendarahan rektum berulang
perubahan dalam rutin buang air besar
hilang berat badan atau kurang darah
berumur lebih 40 tahun
ada ahli keluarga yang menghidap kanser kolon
Barium enema — kolon dimasukkan bahan mengandungi barium (tiub dimasukkan menerusi dubur). X-ray kemudian dilakukan selepas barium enema
ketepatan diagnosis serupa
selamat
murah
mungkin memerlukan pemeriksaan kedua
Pemeriksaan akan menemui polip yang membesar tetapi boleh dibuang sebelum menjadi kanser. Pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa.
Rawatan kanser kolon
Pembedahan untuk tumor kanser yang setempat
radiasi — menggunakan pancaran radiasi selepas pembedahan. Kemoterapi digunakan untuk mengurangkan risiko ulangan.
kaedah radio kemoterapi untuk kes tertentu.
Rawatan susulan
pemeriksaan klinikal ke atas pesakit
endoskopi, terutama kolonoskopi
ujian petanda tumor
Artikel dan gambar : Harian Metro Online
0 comments:
Post a Comment