Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Wednesday, July 20, 2011

Ibu ...cuba jual anak

Kalau kat artikel bawah tadi...anak bunuh mak....ayah...yang ni pulak...mak cuba jual anak...apa nak jadi dengan dunia ni agaknya...manusia semakin zalim nampaknya...

Tapi kat Malaysia pun ramai yang macam tu...lagi hebat...tak jual anak...tapi buang anak...atas but kereta...tepi longkang...kat tangga surau...dalam sungai...ikut suka dia orang la mana nak buang...

Yang jual orang beli orang pun ramai gak...

VANCOUVER, Amerika Syarikat - Seorang wanita tidak berumah dituduh cuba menjual anak lelakinya yang berusia tiga hari di restoran Hazel Dell Taco Bell di sini pada harga di antara AS$500 (RM1,507) hingga AS$5,000 (RM15,074), lapor beberapa buah akhbar semalam.

Ibu itu, Heidi L. Knowles berumur 36 tahun bertindak menjual anaknya itu pada Khamis lalu.

Menurut dokumen mahkamah, seorang wanita menghubungi talian kecemasan 911 bagi membuat laporan bahawa Heidi membuat tawaran untuk menjual anaknya itu kepadanya.

Ibu itu kemudian ditangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah kelmarin.

Heidi Lynn Knowles

Hakim mahkamah menetapkan wang ikat jamin sebanyak AS$50,000 (RM150,749) selepas mendapati dia mempunyai rekod jenayah termasuk keganasan rumah tangga dan dadah.

Ibu itu yang merupakan seorang janda dan kini ditahan di sebuah penjara akan dibicarakan pada 29 Julai depan.

Menurut dokumen mahkamah, Heidi yang menganggur memberitahu polis dia menginap di Motel Kay's di Vancouver, Washington dengan anaknya itu buat sementara waktu sehingga menemui tempat tinggal yang sesuai.

Dia menyara kehidupan dengan wang bantuan kebajikan sebanyak AS$540 (RM1,628) sebulan dan penerima program bantuan makanan kebajikan.

Ibu itu memberitahu polis, dia berpindah dari Florida ke Vancouver, Washington tiga bulan lalu.

Jika sabit kesalahan, dia akan dipenjarakan sehingga lima tahun.

Sumber : Kosmo Online

A mother has been arrested for trying to sell her three-day-old baby to a woman at a Taco Bell for $500.

Heidi Lynn Knowles, 36, from Washington, appeared before a judge yesterday to face charges she tried to peddle her baby boy to a woman who was eating at the fast food restaurant in Vancouver, Washington, last Thursday.

Police say that Knowles was going around the Taco Bell taking bids from customers of between $500 and $5,000 for her son.

They said she seemed as if she were drunk or high at the time but the mother insisted she had been clean from methamphetamine for a year.

Although she said that she had no idea when her baby was born or who the father was.

At 9.30pm on Thursday, officers were called to her motel and found Knowles with the baby, who they said seemed to be in good health.

He was then taken into custody by Child Protective Services.

Court records showed that Knowles, who also goes by the name Heidi Lynn Gasaway, is unemployed and on welfare and food stamps.

Article Source : http://www.dailymail.co.uk

0 comments:

Post a Comment

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute