Rakan Blogger Polaris...Terima Kasih Semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Aidil Fitri 2011- Mohon maaf Atas Segala Kesilapan dan Terkasar Bahasa

Salam Aidil Fitri al Mubarak 2011... Slideshow: Azierahman’s trip to Chengkau (near Seremban), Negeri Sembilan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Sunday, July 24, 2011

Seni Bawah Tanah Bosnia


dibina 57 tahun yang lalu untuk membolehkan pemimpin utama komunis Yugoslavia, Josip Broz Tito dan kumpulannya bertahan daripada serangan senjata nuklear. Menyingkap sejarah ringkas Tito, beliau adalah pemimpin revolusi yang turut dilihat sebagai simbol penyatuan bagi negara-negara persekutuan Yugoslavia. Beliau juga mendapat perhatian antarabangsa sebagai Ketua Pemimpin Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang bekerjasama dengan Jawaharlal Nehru dari India dan Gamal Abdel Nasser dari Mesir.

Tito yang tidak pernah berhenti berjuang sehingga berakhirnya Perang Dunia Kedua, telah dipilih sebagai Presiden Yugoslavia pada 14 Januari 1953. Beliau memerintah sehingga tarikh kematiannya pada 4 Mei 1980 iaitu tiga hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-88. Mengambil masa 26 tahun untuk dibangunkan, pembinaan kubu yang menelan belanja 3.2 euro (RM13.5 bilion) ini siap sepenuhnya pada tahun 979. Teknologi yang digunakan membolehkan kubu tersebut menjadi benteng pertahanan yang berfungsi melindung, menangkis dan membalas serangan nuklear dari bawah tanah. Sejarah operasi kubu ini tidak begitu jelas bahkan selepas Perang Bosnia tamat pada tahun 1995, kubu tersebut tidak lagi digunakan. Pihak keselamatan Bosnia menganggapnya sebagai projek gajah putih kerana kos penyelenggaraannya yang tinggi. Dengan keluasan 6,500 meter persegi, ia lengkap dengan hospital, bilik nyah pencemaran, pusat arahan dan kawalan, serta ruang untuk Tito bersama isterinya dan 350 pegawainya.
KUBU nuklear Tito kini diubah suai menjadi galeri seni.

Lokasi sulit bawah tanah ini tidak pernah dilihat oleh orang awam namun sekarang keadaan telah berubah. Ia kini adalah sebuah galeri seni dan orang ramai dipelawa untuk mengunjunginya. Idea luar biasa untuk mengubah kubu tersebut menjadi sebuah galeri datangnya daripada Enter Edo Hozic, seorang pelukis dari Sarajevo. “Kenapa ia dijadikan galeri seni? “Semua orang tahu pasukan tentera tidak menggunakannya lagi dan pihak berkuasa tempatan Konjic juga tidak tahu apa yang mahu mereka lakukan pada binaan bawah tanah ini melainkan membiarkan cendawan tumbuh di dalamnya,” katanya. Sementara itu, menurut kurator galeri berkenaan, Branislav Dimitrijevic, pihaknya mahu menjadikan kubu itu lebih daripada sebuah galeri. “Kami berusaha untuk menjadikan kubu ini pusat seni dan budaya. Malah, sudah ada cadangan untuk menubuhkan muzium ciptaan artistik di sini, di mana karya artis akan ditinggalkan untuk tatapan pengunjung,” katanya.

BILIK komunikasi bawah tanah ini membolehkan pemimpin Yugoslavia mengarahkan serangan nuklear.

Hasil perancangan teliti, galeri tersebut dibuka pada Mei lalu dan kini ia sedang melangsungkan pameran pertamanya yang bertemakan Mesin Masa. Fokus kepada pengisian hayat kubu itu sendiri, penganjur yang terdiri daripada penggiat seni tempatan dan Eropah mahu membawa semula bingkisan kenangan zaman Perang Dingin yang digabung bersama seni lukisan moden. Sehingga kini, lebih 5,000 pengunjung telah datang ke pameran berkenaan dan angka tersebut dijangka meningkat memandangkan pameran itu dibuka sehingga 27 September ini.


Menariknya, pengunjung bukan sahaja dapat melihat karya seni pelukis tempatan dan Eropah, malah khidmat pemandu pelancong turut disediakan bagi yang berminat untuk meninjau fasiliti keselamatan itu. Untuk tujuan itu, perkhidmatan pemandu pelancong disediakan tiga kali seminggu dan tiga sesi setiap hari. Sungguhpun dibina untuk tujuan keamanan, bukan mudah untuk sampai ke kubu pertahanan Tito ini. Jalan masuknya yang utama agak tersorok di sebalik pintu garaj usang milik rumah paling hujung di jalan sunyi yang terletak di timur pekan Konjic, kira-kira 40 kilometer di selatan Sarajevo. Sebaik sahaja kaki melangkah masuk, terdapat koridor sepanjang 280 meter yang akan membawa pengunjung ke laluan bawah tanah menuju kawasan pergunungan Bjelasnica di belakang rumah sebelum sampai ke kompleks pertahanan yang berbentuk U itu.

Pintu besar yang terdapat di sepanjang kiri koridor pula menyembunyikan laluan rahsia ke bilik utiliti dan janitor, yang menempatkan tangki air, dua jentera buatan Jerman 550 kilowatt (kw) dengan kapasiti 25 tan tangki minyak dan sistem pendingin hawa yang menjadi nadi kepada pengawalan suhu 21 darjah Celcius pada setiap masa. Sementara itu, pintu kecil di sebelah kanan pula boleh membawa anda kepada lebih 100 bilik tidur kecil, pejabat-pejabat dan bilik mesyuarat. Dihias dengan sentuhan perabot kayu gaya ringkas, terdapat juga beberapa bingkai potret Tito yang dirakam dalam persalinan uniform sebagai tanda sanjungan kuasa. Bahagian paling hujung kubu pula menempatkan rumah dan pejabat Tito, lengkap dengan katil bersaiz besar dan kamar mandi eksklusif.

Sumber artikel : Kosmo online

0 comments:

Post a Comment

Senarai Blog Kengkawan

Popular Post


Get this widget here
POLARIS WORLD MALAYSIA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute